Tazkirah ramadhan hari ke-4: 4aug2011; ust karianto
1)Bulan ramadhan ini dipenuhi dengan keberkatan, kita memohon keampunan dosa dari Allah. Jika bukan dlm bulan keampunan ini kita memohon keampunan dosa kita bila lagi boleh kita memohon keampuan dosa kita yg banyak kecuali di bulan keampunan ini.
2)Bulan ini penuh dengan kerahmatan dari Allah kepada seluruh hambaNya dan seluruh ciptaanNya. Sehinggakan haiwan pun mendapat kerahmatan apatah lagi manusia.
3)Siapakan pendusta agama? Persoalan Allah utk kita fikirkan didalam ayat al quran. Sebenarnya yg dikatakan pendusta Agama ini adalah org yg membiarkan anak yatim, tidak mahu memberi makan org miskin
Walaupun Ia juga melakukan solat.
4)Islam bukanlah sekadar solat, berpuasa, haji dsb. Namun lebih jauh dari itu mesti mengambil berat hal sosial dan masyrakat iaitu melindungi anak yatim dan memberi makan org miskin: 'yatim' dan 'miskin' yang banyak di ceritakan di dalam alquran..
5) Keperluan anak yatim bukan shj makanan tetapi lebih dari itu memberikan kasih sayang kpd mereka. Oorg yg menyayangi anak yatim PASTI masuk syurga, janji Allah.
6)Persoalan org miskin adalah sunatullah, ia sentiasa ada di dlm masyarakat, sepanjang zaman. Jadi kita jangan malu utk membantu org miskin kerana itu adalah ujian Allah bagi org yg mampu.
7)Fikirkan di zaman ini, ramai di kalangan kita sentiasa pergi Haji dan Umrah setiap masa, tapi wajarkah kita jika tidak mengambil berat org miskin di sekitar kita sedangkan mereka hendak makan pun sukar apatah lagi bersekolah.
8)Inilah yang Rasulullah sebutkan pendusta agama kerana mereka yg sering bersolat tetapi tidak mengambil berat anak2 yatim dan org miskin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment