Monday, April 9, 2012

Penipuan Pelaburan Emas

Posted in : facebook.com/irsofianfan
Date : 4 December 2011


Assalamualaikum wmt wbrt dan Salam Sejahtera yang Ceria saya ucapkan kepada Rakan-rakan JUTAWAN LOGAM di pagi hari minggu pertama di bulan Disember sekelian.

Perkongsian ilmu tentang pelaburan emas ini banyak memberikan saya pengalaman baru tentang pengurusan kewangan dan kaedah bagaimana menjadikan kekayaan kita yang sediaada menjadi lebih bertambah dan akan makin bertambah.

Sudah tentunya berjumpa dengan pelbagai lapisan masyarakat dengan pelbagai kerenah dan pemikiran. Dalam kebanyakan kes saya talian hayat nombor telefon saya yang saya pun tidak tahu dari mana mereka dapat yang pasti tugas saya cuba membantu orang ramai melabur dalam emas dengan cara yang betul kerana ramai sangat yang saya jumpa tertipu dengan pelaburan emas yang menjanjikan bulan dan bintang. Hmmmm ……..

Saya hendak share sedikit hari ini tentang pengamatan yang saya di dalam bidang pelaburan emas ini. Sebenarnya untuk melabur di dalam emas ini adalah mudah , orang kata semudah beli gula-gula - sediakan modal dan beli !!.

Saya berkata tentang mudah itu apabila saya membuat perbandingan dengan pelaburan lain yang juga boleh memberikan keuntungan lumayan seperti hartanah dan ‘mutual fund’. Saya setuju jika ada mengatakan ia adalah prospek pelaburan yang berbeza, tetapi yang saya ingin membuat perbandingan adalah dari mudahnya pelaburan di buat. Mungkin disebabkan mudahnya ‘membuat’ pelaburan emas ini yang orang ramai terjebak ke dalam kancah penipuan dan skim pelaburan yang pelbagai.

Di sini saya sebagai PELABUR EMAS DAN PERAK ingin BERKONGSI ILMU kepada semua rakan-rakan agar dapat melabur ke dalam pelaburan emas dengan CARA YANG BETUL. Untuk keterangan lanjut hubungi saya di irsofian@hotmail.com , atau 010-464 4647 ataupun Facebook ir.sofian