Sunday, August 14, 2011

Tazkirah ramadhan hari ke-14-Kuliah Subuh: 14ug2011; ust azman sapawi

Tazkirah ramadhan hari ke-14-Kuliah Subuh: 14ug2011; ust azman sapawi

1)Ketika Rasulullah sedang memberikan tazkirah kpd para sahabat, tiba2 dtg seorang yg berpakaian putih berrhadapan dgn Rasulullah dan bertanya : apakah makna agama islam?
Rasulullah menjawab : bahawasanya agama islam itu
mengucap 2 kalimah syahadah,
Solat 5 waktu
Puasa di bulan ramadhan
Memberi zakat
Menunaikan haji.
Slps itu ia berkata tepat jawapan tersebut, lalu ia berlalu pergi. Sahabat bertanya siapakah itu ya Rasulullah? Nabi menjawab itulah malaikat jibrail
2)Itulah rukun islam yg pertama, iaitu menjaga akidah islam yg 1 : mengucap 2 kalimah syahadah. Tampuk islam itu perlu diperbetulkan dahulu, taat kepada Allah dan bersyahadah bahawa Allah adalah tuhan dan Nabi Mohd adalah RasuluLlah.
3)Solat adalah tiang agama, yg perlu ditegakkan . Perkara yg Allah cegah akan memberikan kebaikan jika tidak di buat dan akan menjadi kemudaratan jika dibuat.
4)Diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan, tetapi org cina sekarang ini turut sama berpuasa dan berbuka puasa bersama2 muslim. Sebenarnya banyak lagi yg perlu dilakukan bukan setakat berlapar dahaga sahaja.
Umat nabi Daud berpuasa selang sehari iaitu 180 hari setahun.
Umat Mohd cuma diwajibkan 30hari sahaja.
Umat nabi Zakaria sepanjang mereka berpuasa bukan sahaja tidak boleh makan tetapi tidak boleh bercakap.
Inilah Allah berikan kurniaan kpd umat Nabi Mohd umat akhir zaman.
Pahala Ramadhan tidak diberi kepada umat nabi terdahulu tetapi ianya khas utk umat nabi Mohd.
5)Ketaqwaan bermakna takut kepada Allah, tetapi takut kepada Allah tidak sama spt takut kpd manusia.
Sahabat menyampaikan bahawa taqwa itu seperti berjalan dgn keadaan cukup berhati2.
Cth jika makan brg yg haram Allah tolak amalan 40hari, oleh itu pentingnya umat perlu berhati-hati menjaga sumber makanan tersebut.
6)10 hari Awal ramadhan itu Rahmat, kalau nak himpunkan rahmat Allah kepada kita walaupun ibadah kita tidak setimpal dgn kurniaan Allah kpd umatnya.
10 hari Pertengahan Ramadhan adlah pengampuanan daripada ALlah, walaupun umat tidak mememinta maaf kpd Allah tetapi Allah mengampunkan dosa sempena bulan Ramadhan ini.
Taubat
10 hari Akhir Ramadhan adalah keampunan, umat dimerdekakan dari azab api neraka.
7)Allah Taala memilih Ramadhan masa diturunkan Al Quran, dan inilah mukjizat kepada nabi Mohd yg ada sehingga ke hari ini. Tidak seperti nabi2 sebelum ini yg mana kitab2 terdahulu ditarik semula setelah ketiadaan Nabinya.
Sekarang ini orang beramal dgn Al Quran hanya utk berubat.
Banyak lagi kelebihan Al Quran yg patut digali.
Sewaktu rumah nabi dikepung oleh para musuh kafir, Rasulullah membacakan ayat dlm yasin:
Wajaalna min bai ni aidihim sadda...
Amalan Nabi Yusuf : inni raaitu hum li sajidin...
Fadlilat yg tidak ada pd masa lain selain drp Ramadhan iaitu Lailatul Qadar pahala yg Allah berikan utk tempoh 80 tahun (1000 bulan) gamjaran.
Uniknya hari2 lain, semua Allah beri tetapi Lailatul Qadar tidak di berikan masa yg spesifki, akan tetapi kita kena mencari utk tmpoh 10 hari terakhir sahaja. Bukannya setahun.
8)Nawaitu seseorang menantikan Ramadhan tidak sama! Ada yg menantikan Ramadhan utk nak beramal, ada yg menanti utk berniaga gerai ramadhan, ada yg menunggu utk ikut2 shj, pun begitu ada yg tak suka ramadhan.
Iktibar : ada dikalangan orng di bumi Mekah yg sehingga hayatnya 60 tahun tetapi tidak sempat menunaikan haji ketika hayatnya kerana sibuk saban tahun berlumba2 berniaga di musim haji sedangkan ramai org diseluruh dunia hendak mengerjakan haji.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment