Salam semua pembaca, saya doaka agar semuanya sihat dan sejahtera hendaknya.
Sejak saya menceburkan diri dalam Pelaburan Emas ini, dah banyak kali didengari kejadian penipuan di dalam pelaburan emas, sedikit sebanyak menggugat kepercayaan orang ramai terhadap pelaburan emas yang sepatutunya dalam kategori berisiko rendah dan terjamin.
Ianya melibatkan pelaburan jenis emas fizikal dan juga akaun simpanan. Hai macam-macam usaha manusia untuk mencari peluang. Akan tetapi yang tidak seronok didengar, golongan yang terlibat adalah orang Melayu. Sedih mengenangkannya. Almaklumlah dengan modal wang fiad yang terhad, mengharapkan pagar tapi pagar pun tak boleh dipercayai.
Saya mengharapkan pembaca akan membuat keputusan yang tepat untuk membuat apa-apa juga pelaburan terutama pelaburan emas ini memandangkan keuntungan yang boleh dikecapi adalah tinggi (+-30% setahun) berbanding dengan pelaburan jenis lain.
Insyallah disamping saya menjalankan pelaburan emas ini sebagai salah satu cabang perniagaan saya, saya akan cuba membantu educate orang ramai (bagi yang memerlukan) dan bermuamalah dengannya. Dan yang pasti kes-kes yang seperti dibawah ini (penyelewengan) akan sentiasa tumbuh dengan pelbagai strategi yang power berbanding yang apa yang saya bawa. Saya berdoa, mudah-mudahan saya pun akan terhindar dari skim2 yang segera itu!
Namun bak kata pepatah, berdikit-dikit lama-lama boleh jadi bukit.
Sama-sama kita fikirkan dan ambil iktibar.
Salam dari saya Ir Sofian
Utusan Malaysia Online - Jenayah
Kes tipu: Polis cari pemilik salun
Shafien Mamat menunjukkan gambar Hashimah Hashim pada sidang akhbar di Nibong Tebal, semalam.
NIBONG TEBAL 19 Ogos — Polis mencari seorang pemilik salun kecantikan di Simpang Ampat, di sini bagi membantu siasatan berhubung penipuan terhadap sekumpulan suri rumah dan warga tua yang kerugian lebih RM500,000 selepas menyertai skim pelaburan emas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, wanita berkenaan dikenali sebagai Hashimah Hashim, 38, yang alamat terakhirnya di Taman Merak Jaya, Simpang Ampat di sini.
"Kami menerima laporan polis berhubung kejadian itu, polis giat mengesan wanita berkenaan bagi membantu menyelesaikan kes penipuan membabitkan lebih 30 suri rumah serta warga tua.
"Kami juga pergi ke rumahnya, tetapi suaminya memberitahu tidak mengetahui di mana isterinya (Hashimah) berada kerana dia menghilangkan diri sejak Julai lepas," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati wanita berkenaan menjalankan skim pelaburan emas itu sejak tiga tahun lepas.
"Kumpulan pelabur tertarik untuk melabur apabila dia menjanjikan pulangan lumayan antara lima hingga 10 peratus sebulan, sekali gus mendorong mereka melabur RM5,000 hingga RM50,000.
"Bagaimanapun, sejak Julai lepas, wanita berkenaan gagal membayar dividen yang dijanjikan dan menghilangkan diri sehingga gagal dikesan oleh pelaburnya," katanya.
Shafien meminta orang ramai yang mengenali Hashimah agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. — BERNAMA
No comments:
Post a Comment