Kuliah maghrib 17 july 2011
1) Berpuasa dari terbit fajar. Hingga terbenam matahari. Sunat muakkad kerana mempercepatkan berbuka. Makruh jika melambat2kan berbuka, dan haram jika tidak berbuka dan utk mencuba2 diri .
2) Umat Nabi Muhammad puasa 30 hari (1 bulan di bulan ramadhan) + 6 hari di bulan syawal = 36hari bersamaan dengan 360hari (1 tahun) berpuasa.
3) Berpuasa = menahan makan dan minum
Allah hendak membersihkan jiwa dan nafsu kita yg jahat utk jadi baik.
4) Jika sakit dan bermusafir Allah membolehkan dia berbuka dan x berpuasa. Akan tetapi dengan menurut syarat2 yg digariskan oleh Allah.
5) Perintah berpuasa ini Allah letakkan kepada orang yg beriman (mikmin). Jika perintah itu kpd org islam, ramai yg tidak berpuasa. Oleh itu yang benar2 akan menjalan kan ibadat puasa ini adalah org yg beriman.
6) Ada dikalangan umat yg berpuasa ttpi tidak menutup aurat, tidak bersolat,
7) Tujuan puasa yg utama ada utk bertaqwa kpd Allah. Kerana taqwa lah yg menjaga diri manusia. Sehinggakan jika sesiapa berkehendaKkan berkahwin, akan tetapi x berkemampuan maka hendaklah dia berpuasa.
8) Level2 puasa
Puasa awam = macam kanak2 ; menahan makan dan minum
Puasa khusus = menahan dpd kata2 yg x bermanfaat , menahan pandangan yg tidak baik
Puasa khusus bil khusus = bukan sahajan menahan perkara2 di atas, tetapi memperbaiki hati. Inilah level para nabi dan org yg soleh.
9) Keutamaan berpuasa juga utk pensucian diri dan kesihatan badan, ubat yg paling mujarab adalah berpuasa utk memaintain tubuh badan diri.
10) Kekenyangan blh merosakkan diri dan melahirkan kebodohan.
11) Sepatutnya bulan puasa ini kita melebihkan aktiviti2 menambah ilmu kerana bila kita bwerpuasa otak kita akan mudah utk menerima ilmu kerana perut kita lapar.
12) Puasa adalah guru rahmat (10 hari pertama), pengampunan allah (10 hari kedua) dan dijauhkan dari api neraka dan lailatul kadar (10 hari terakhir).
13) Akhirnya mudah2an kita akan dpt memperbaiki diri dan menjadikan kita org beriman.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment