Sunday, August 21, 2011

Kes penipuan Pelaburan EMAS lagi!

Salam semua pembaca, saya doaka agar semuanya sihat dan sejahtera hendaknya.

Sejak saya menceburkan diri dalam Pelaburan Emas ini, dah banyak kali didengari kejadian penipuan di dalam pelaburan emas, sedikit sebanyak menggugat kepercayaan orang ramai terhadap pelaburan emas yang sepatutunya dalam kategori berisiko rendah dan terjamin.

Ianya melibatkan pelaburan jenis emas fizikal dan juga akaun simpanan. Hai macam-macam usaha manusia untuk mencari peluang. Akan tetapi yang tidak seronok didengar, golongan yang terlibat adalah orang Melayu. Sedih mengenangkannya. Almaklumlah dengan modal wang fiad yang terhad, mengharapkan pagar tapi pagar pun tak boleh dipercayai.
Saya mengharapkan pembaca akan membuat keputusan yang tepat untuk membuat apa-apa juga pelaburan terutama pelaburan emas ini memandangkan keuntungan yang boleh dikecapi adalah tinggi (+-30% setahun) berbanding dengan pelaburan jenis lain.

Insyallah disamping saya menjalankan pelaburan emas ini sebagai salah satu cabang perniagaan saya, saya akan cuba membantu educate orang ramai (bagi yang memerlukan) dan bermuamalah dengannya. Dan yang pasti kes-kes yang seperti dibawah ini (penyelewengan) akan sentiasa tumbuh dengan pelbagai strategi yang power berbanding yang apa yang saya bawa. Saya berdoa, mudah-mudahan saya pun akan terhindar dari skim2 yang segera itu!

Namun bak kata pepatah, berdikit-dikit lama-lama boleh jadi bukit.

Sama-sama kita fikirkan dan ambil iktibar.

Salam dari saya Ir Sofian



Utusan Malaysia Online - Jenayah

Kes tipu: Polis cari pemilik salun


Shafien Mamat menunjukkan gambar Hashimah Hashim pada sidang akhbar di Nibong Tebal, semalam.


NIBONG TEBAL 19 Ogos — Polis mencari seorang pemilik salun kecantikan di Simpang Ampat, di sini bagi membantu siasatan berhubung penipuan terhadap sekumpulan suri rumah dan warga tua yang kerugian lebih RM500,000 selepas menyertai skim pelaburan emas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, wanita berkenaan dikenali sebagai Hashimah Hashim, 38, yang alamat terakhirnya di Taman Merak Jaya, Simpang Ampat di sini.

"Kami menerima laporan polis berhubung kejadian itu, polis giat mengesan wanita berkenaan bagi membantu menyelesaikan kes penipuan membabitkan lebih 30 suri rumah serta warga tua.

"Kami juga pergi ke rumahnya, tetapi suaminya memberitahu tidak mengetahui di mana isterinya (Hashimah) berada kerana dia menghilangkan diri sejak Julai lepas," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati wanita berkenaan menjalankan skim pelaburan emas itu sejak tiga tahun lepas.

"Kumpulan pelabur tertarik untuk melabur apabila dia menjanjikan pulangan lumayan antara lima hingga 10 peratus sebulan, sekali gus mendorong mereka melabur RM5,000 hingga RM50,000.

"Bagaimanapun, sejak Julai lepas, wanita berkenaan gagal membayar dividen yang dijanjikan dan menghilangkan diri sehingga gagal dikesan oleh pelaburnya," katanya.

Shafien meminta orang ramai yang mengenali Hashimah agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. — BERNAMA

Friday, August 19, 2011

Tazkirah ramadhan hari ke-19: 19ug2011; Imam Muda Taufik


Tazkirah ramadhan hari ke-19: 19ug2011; Imam Muda Taufik


1)Apabila kita duduk dlm majlis ilmu 400,000 malaikat memayungi kita.
2)Bulan Ramadhan adalah bulan pengampunan dosa,
3)Kita di sini Malaysia sepatutnya bersyukur kerana kemudahan dan kemewahan yang kita kecapi. Sedangkan di negara lain tidak dpt menikmati apa yg kita rasai dan sepatutnyalah kita akan dpt memanfaatkan apa yg ada ini utk bersyukur dan melipatgandakan keimanan kita kpd Allah.
4)Peristiwa nuzul quran dan perang badar adalah tanda isitimewaan Ramadhan ini.
5) Setelah kita memasuki fasa ke-3 ini, sambutan Ramadhan ini sepatutnya lebih meriah dengan melipatgandakan ibadat kita kpd utk mencari lailatul qadar. Bukannya semakin lemah dan membuat perkara yg tidak sewajaynya.
Banyakkan bacaan al Quran .
6)Menghormati bulan Ramadhan dgn menutup aurat, menhulurkan sedekah, mempercepatkan membayar zakat fitrah walaupun sunat berdekatan dgn syawal tetapi dikhuatiri kita cuai dan terlampau ramai hendak membayar sehingga menybabkan tidak membayar zakat.
7)Nuzul quran diturunkan adalah sebagai salah satu petunjuk, untuk mEmbawa kita kesyurga, malaikat jibril adalah yg paling hapir kpd Allah dan mempunyai sifat2 mulia dan agung di kalangan malaikat. Disebabkan dgn itulah.
8)Al quran ini adalah petunjuk, segala isi alquran itu tiada syak dan keraguan, ia dikenali dgn cahaya kepada kehidupan seluruh alam.
9)AL quran menghidupkan hati yg mati, menyuburkan hati yg hidup. Hidup yg disinari dgn bacaan al quran, akan mencapai ketenangan.
10)Membaca Al Quran dgn pengamatan dan renungan akan membuka hati. Dgn ke ikhlasan membaca alquran akan mendpt keredhaan allah taala,
11)Ilmu itu adalah cahaya dan cahaya itu tidak akan memasuki ke dlm hati jika hati tidak ikhlas.
12)Terkadang perkara yg baik itu tidak baik di sisi Allah walaupun pd kita kita ingatkan ianya baik.
13)Setiap Ujian daripada Allah adalah nikmat yg kita kecapi jika kita redha dgn ujian dr Allah. Juga tanda Allah mengasihi kita.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 14, 2011

Mengapa Yahudi Bijak ???

kredit utk rakan FB utk info yg cukup bermakna ini :


Mengapa Yahudi Bijak ???

by Kamaruddin Sharip on Sunday, September 26, 2010 at 6:25pm

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.

Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar?

Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.

menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.

Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka.

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.

Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.

Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia!

Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik.

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok.

Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.

Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana?

Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.



Hakim Ma’ruf Bin Hj Abdul Kadir Universiti Massachuset USA.

Tazkirah ramadhan hari ke-14: 14ug2011; ust yusof puchong

Tazkirah ramadhan hari ke-14: 14ug2011; ust yusof puchong

1)Kisah solat terawih bermula dari rasulullah solat qiam ramadhan, mula2nya tidak ramai kemudian makin lama semakin ramai dijalankan sebanyak 4 rakaat oleh rasulullah dan 20 rakaan oleh sahabat.
Rasulullah menjalankan 4 rakaat dan di teruskan dgn tazkirah dan diteruskan dgn 4 rakaat lagi. Dan di buat secara bersantai2 sebab itu lah dinamakan dgn solat terawih.
2)Allah bagi fahaman nasarani: adalah tuhan yg ada anak dan bini bernama mary.
Bagi umat Islam : Tuhan itu adalah 1, tidak beranak dan diperanakkan.
3)Nabi ibrahim di cabar oleh org kafir utk menghidupkan orang yang mati, beliau mengarahkan di sembelih 4a ekor burung dan dipotong2, dibuang bulu, dicincang dan di letak atas 4 bukit. Kemudian baginda menghidupkan semula 4 ekor burung itu semula dgn izin Allah utk meyakinkan org kafir akan kuasa Allah dan dia adalah utusan dr Allah.
4 ekor burung itu adalah :
Burung bangau
Burung merak - sejenis burung yg suka menunjuk-nunjuk
Burung merpati - jinak2 merpati!, menipu sehingga bankrup
Ayam jantan - suka control kawasan dan mengatakan semua ayam betina dia punya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tazkirah ramadhan hari ke-14-Kuliah Subuh: 14ug2011; ust azman sapawi

Tazkirah ramadhan hari ke-14-Kuliah Subuh: 14ug2011; ust azman sapawi

1)Ketika Rasulullah sedang memberikan tazkirah kpd para sahabat, tiba2 dtg seorang yg berpakaian putih berrhadapan dgn Rasulullah dan bertanya : apakah makna agama islam?
Rasulullah menjawab : bahawasanya agama islam itu
mengucap 2 kalimah syahadah,
Solat 5 waktu
Puasa di bulan ramadhan
Memberi zakat
Menunaikan haji.
Slps itu ia berkata tepat jawapan tersebut, lalu ia berlalu pergi. Sahabat bertanya siapakah itu ya Rasulullah? Nabi menjawab itulah malaikat jibrail
2)Itulah rukun islam yg pertama, iaitu menjaga akidah islam yg 1 : mengucap 2 kalimah syahadah. Tampuk islam itu perlu diperbetulkan dahulu, taat kepada Allah dan bersyahadah bahawa Allah adalah tuhan dan Nabi Mohd adalah RasuluLlah.
3)Solat adalah tiang agama, yg perlu ditegakkan . Perkara yg Allah cegah akan memberikan kebaikan jika tidak di buat dan akan menjadi kemudaratan jika dibuat.
4)Diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan, tetapi org cina sekarang ini turut sama berpuasa dan berbuka puasa bersama2 muslim. Sebenarnya banyak lagi yg perlu dilakukan bukan setakat berlapar dahaga sahaja.
Umat nabi Daud berpuasa selang sehari iaitu 180 hari setahun.
Umat Mohd cuma diwajibkan 30hari sahaja.
Umat nabi Zakaria sepanjang mereka berpuasa bukan sahaja tidak boleh makan tetapi tidak boleh bercakap.
Inilah Allah berikan kurniaan kpd umat Nabi Mohd umat akhir zaman.
Pahala Ramadhan tidak diberi kepada umat nabi terdahulu tetapi ianya khas utk umat nabi Mohd.
5)Ketaqwaan bermakna takut kepada Allah, tetapi takut kepada Allah tidak sama spt takut kpd manusia.
Sahabat menyampaikan bahawa taqwa itu seperti berjalan dgn keadaan cukup berhati2.
Cth jika makan brg yg haram Allah tolak amalan 40hari, oleh itu pentingnya umat perlu berhati-hati menjaga sumber makanan tersebut.
6)10 hari Awal ramadhan itu Rahmat, kalau nak himpunkan rahmat Allah kepada kita walaupun ibadah kita tidak setimpal dgn kurniaan Allah kpd umatnya.
10 hari Pertengahan Ramadhan adlah pengampuanan daripada ALlah, walaupun umat tidak mememinta maaf kpd Allah tetapi Allah mengampunkan dosa sempena bulan Ramadhan ini.
Taubat
10 hari Akhir Ramadhan adalah keampunan, umat dimerdekakan dari azab api neraka.
7)Allah Taala memilih Ramadhan masa diturunkan Al Quran, dan inilah mukjizat kepada nabi Mohd yg ada sehingga ke hari ini. Tidak seperti nabi2 sebelum ini yg mana kitab2 terdahulu ditarik semula setelah ketiadaan Nabinya.
Sekarang ini orang beramal dgn Al Quran hanya utk berubat.
Banyak lagi kelebihan Al Quran yg patut digali.
Sewaktu rumah nabi dikepung oleh para musuh kafir, Rasulullah membacakan ayat dlm yasin:
Wajaalna min bai ni aidihim sadda...
Amalan Nabi Yusuf : inni raaitu hum li sajidin...
Fadlilat yg tidak ada pd masa lain selain drp Ramadhan iaitu Lailatul Qadar pahala yg Allah berikan utk tempoh 80 tahun (1000 bulan) gamjaran.
Uniknya hari2 lain, semua Allah beri tetapi Lailatul Qadar tidak di berikan masa yg spesifki, akan tetapi kita kena mencari utk tmpoh 10 hari terakhir sahaja. Bukannya setahun.
8)Nawaitu seseorang menantikan Ramadhan tidak sama! Ada yg menantikan Ramadhan utk nak beramal, ada yg menanti utk berniaga gerai ramadhan, ada yg menunggu utk ikut2 shj, pun begitu ada yg tak suka ramadhan.
Iktibar : ada dikalangan orng di bumi Mekah yg sehingga hayatnya 60 tahun tetapi tidak sempat menunaikan haji ketika hayatnya kerana sibuk saban tahun berlumba2 berniaga di musim haji sedangkan ramai org diseluruh dunia hendak mengerjakan haji.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tazkirah ramadhan hari ke-7: 7ug2011; ust ridzuan ismail

Tazkirah ramadhan hari ke-7: 7ug2011; ust ridzuan ismail

1)Sekali kita berselawat keatas Nabi, Allah akan berselawat keatas kita 1000 kali.
2)Bila sebut nama Nabi , jangan kedekut utk jawab s.a.w.
3)Dlm sem Jumaat, bila bilal berkata sallualaihiwatslimu taslima, kita jawab s.a.w
4)Antara sebutan2 nama2 Nabi: Abal qasim, sodikut masduq: jangan rugikan diri utk tidak jwb s.a.w.
5)Menderma adalah satu dari ciri iman: iatu blh menghapuskan dosa kita.
6)Tak'min = sebutan AMIN, bila imam sebut aminnnn dlm surah al-fatihah, jawab aminnnn. Dlm satu
Assolah adalah al fatihah, dlm solat fatihah adalah ruikun, dan solat itu adlah doa,
Dlm solat dibahagikan kpd 2: bah hamba dan bah Allah.
7)Kesenangan yg diberikan Allah adalah ujian (isti'raj) yg blh menjadi bala apabila kita berjumpa Allah di akhirat nanti.
8)Kerana sesiapa yg aminnn yg samanya dgn aminnn nya malaikat, iaitu pertembungan antara imam, jemaah, malaikat maka Allah telah menghapuskan Dosa kita yg telah lalu. Itu adalah janji Nabi saw kepada kita daripada Allah.
9)Allah sebut: org yg beriman kpd Allah ada 5 sifat.
Bila sebut nama Allah gementar hatinya.
Gunakan Al quran sebagai panduan @ petunjuk, al quran adalah'dustur' = perlembagaan bagi org bertaqwa.
A-Org itu yakin dan percaya dgn perkara ghaib: malaikat, syurga dan neraka,
Jangan kamu menjadikan tuhan kamu bersama dgn tuhan yg lain, kerana kamu akan dilempar ke api neraka. Contohnya : NAFSU
B-Mendirikan SOLaT : solat zahir dan batin, mesti khusuk - , tawaduk - rendah diri, ta???
Solat yg tidak diterima dan dilaknat oleh Allah : kerana tidak bersungguh2 dlm solat.
C-Memberi Infaq/sedekah
Infaq = menbiayai agama (fisabilillah),
tidak sama dgn makna sedekah.
Surah al lail : dpt kerehaan allah dan dijauhkan api neraka.
D-beriman dgn kitab = AL QURAN, beriman dgn quran, dan beramal dgn quran. Juga percaya kpd kitab2 sebelumnya ie taurat, injil ...
E-beriman dgn hari AKHIRAT : bersedia utk bertemu dgn Allah . Org yg cerdik adalah org yg berkerja @ buat sesuatu utk hari akhirat. Juga berjaya menundukkan nafsu. Org yg bodoh adalah irg yg ikut nafsu tetapi nak massuk syurga.
Beraya = bertakbir = menyuarakan kegembiraan , makruh menziarahi kubur kerana mengurangkan kegembiraan pada hari raya. Itulah syariaat islam.
Raya bukannya bersalam dgn ibu bapa dan balik kg,
Sesiapa yg memiliki sifat2 diatas, maka Allah akan memberi petunjuk kpdnya, maka merekalah org yg berjaya dan jauh dari api neraka.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tazkirah ramadhan hari ke-13-Kuliah Subuh: 13ug2011; Sdr Ann Wan Seng

Tazkirah ramadhan hari ke-13-Kuliah Subuh: 13ug2011; Sdr Ann Wan Seng

1)Islam sosialis, islam hadari, ada pendapat utk menjadikan agama islam itu agama faundamatal.
2)Islam bukan setakat boleh buat @ tidak boleh buat tetapi lebih tepat lagi adalah tentang halal dan haram terhadap sesuatu.
3)Seluruh ibadat itu diterima Allah atau tidak adalah bergantung kepada Rukun yg tlh digariskan oleh Allah.
4)Isu org islam berbuka puasa dlm gereja. Adalah perlu utk berbuka puasa di gereja? Adakah mereka ke sana utk mendpatkan bantuan kewangan. Modus operandi org kristian utk membantu org islan dlm bentuk kewangan memandangkan itulah kelemahan org islam dan mereka mengambil kesempatan itu.
5)Gerakan kristian utk membina bangunan yg menjadi blh mercutanda mereka di malaysia ini. Spt di bukit jalil, PICC, TTDI, Penang dsb. Dan usaha ini sedang rancak dijalankan. Juga sehingga sampai bila2.
6)Persepsi org Cina suka menipu!
7)Org Cina tidak mandi pagi! Suatu persepsi yg x betul kerana dia tidak mandi di wsaktu subuh tetapi mandi sblm tghhari.
8)Masalah murtad isu yg serius perlu ditangani dgn konsistan dan serius oleh semua org.
9)Mentarbiahkan org perlukan kebijaksanaan, berpuasa bukan tidak blh makan dan minum sahaja tetapi perlu dijelaskan lbh detail jangka masa brpuasa, kesan berpuasa, ia blh membersihkan roh dsb.
10)Kita tidak blh cintakan dunia tp jadikan dunia sebagai tmpt utk menimba ilmu, beramal dsb. Apabila terlalu cintakan dunia seseorang itu akaan rakus, bongkak, riak dsb.
11)Kematian adalah pasti, setiap apa2 yg kita lakukan akan di hisab dan anggota badan akan menjadi saksi terhadap apa yg kita tlh lakukan.
12)Berpuasa perlu membersihkan dan mendidik hati. Kita perlu menjaga makanan kita utk menjaga hati, makan cara rasulullah, jangan berlebih-lebihan.
13)Berpuasa utk membersihkan fitrah kita, dgn bersolat, bertadarus, akan dpt membersihkan dan membetulkan semula fitrah kita sebagai manusia.
14)Manusia berhadapan dgn 2 musuh ie musuh zahir itu syaitan, musuh batin itu dalaman.
15)Jauhi diri dari syirik, org islam melayu suka kpd perkara syirik buktinya mereka suka kpd cerita2 hantu dsb. Tangkal dan azimat blh menjadikan org itu syirik.
Syirik terbahagi kepada beberrapa bahagian:
16)Munafik adalah org yg berubah-ubah dr segi janji, pegangan, kata-kata, pendirian dsb.
17) Jauhkan dari berkawan dgn org yg zalim cth, mengumpat, memfitnah,
18)Golongan org kafir prlu kita berhati2. Kategori kafir; jandi - kafir kerana mereka tidak tahu ttg agama islam.
Kafir inadi - takut akan hilang pengaruh dan kedudukannya, dan kekayaan.
Kafir habni - akibat perbuatannya cth membakar quran,
Dll
18)Kita hendaklah menjaga tauhid kepada ALlah,
Tauhid uluhiyah -
Tauhid rububiyah -
19)Jadikan bulan Ramadhan yg mulia ini utk mendptkan ganjaran pahala dr Allah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tazkirah ramadhan hari ke-12: 12ug2011; Ust muhayat

Tazkirah ramadhan hari ke-12: 12ug2011; Ust muhayat

1)Allah mewajibkan berpuasa keatas setiap org muslim. Dan setiap org muslim perlu tahu tujuan berpuasa iaitu utk menjadi org yg bertaqwa. Iaitu patuh kepada perintah Allah. Setiap arahan Allah wajib ditunaikan.
2)Berpuasa wajib apatah lagi solat, solat juga perlu mengikut sepertimana solat rasullulah.
3)Bersolat takbir pertama tidak boleh mendahului imam jikatidak batal solat itu.
4)Pergerakan tangan (hayunan) semasa iltidal tidak boleh 3 x jika tidak batal solAt.
5)Jika masbuk pula, makmum perlulah memastikan dia rukuk dgn yakin jika tidak rakaat tersebut tidak dikira.
6)Sifat org yg bertaqwa, adalah menginfaqkan hartanya ketika susah dan ketika tiada duit.
7)Ramadhan ini bulan yg penuh keberkatan iaitu buat sedikit ibadat tapi byk pahala akan diberikan Allah.
8)Sesiapa yg menunaikan hajat saudaranya di bulan ramadhan, Allah akan menunaikan 1000 hajatnya di akhirat.
9)Bertaqwa juga dpt menahan kesabaran.
10)Sifat org yg bertaqwa mudah memaafkan org lain dan menyalahkan diri sendiri.
11)Itulah kesan dr Ramadhan
12)Ramadhan itu bulan keampunan, seluruh hamba Allah meminta ampun kepada Allah utk manusia termasuk ikan dilautan, pokok dll kecuali org2 yg tidak mahu meminta keampunan kepada Allah dan tidak taat kepada arahan Allah.
13)Apa yg kita amalkan ini akan di bawa bertemu Allah nanti di saat kematiannya.
14) Dalam sedar atau tidak semua kita akan bertemu dgn kematian, segala apa yg dilakuakan di dunia semasa hidup akan dihitung
15)2 kegelapan iaitu kegelapan di kubur dan akhirat.
16)Niatkan di bulan ramdhan ini utk khatam alquran dan kemudiaannya berniat pula utk menghafal.
17)Sesiapa yg membaca alquran, di akhirat alquran itu akan memberi syafaat utk menerangi kubur
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, August 6, 2011

Tazkirah ramadhan hari ke-6: 6ug2011; ust hasnol

Tazkirah ramadhan hari ke-6: 6ug2011; ust hasnol

1)Kita patut bersyukur kpd Allah kerana diizinkanNya utk berjumpa semula Ramadhan.
2)Pada zaman dulu, kuda2 utk di gunakan dlm peperangan dilatih utk berpuasa dan menghadapi ribut di padang pasir, slps lulus ujian tsbt baru blh digunakan dlm peperangan.
3)Dlm ayat 183 al baqarah, ada unsur arahan, target, perintah. Katibun: ayat tanda kukuhnya arahan utk berpuasa oleh Allah.
4)Berpuasa menjadi arahan dasar bagi agama2 lain juga. Juga bagi org2 terdahulu dpd kita.
5)Target : utk menjadikan kita org berTaqwa.
6)Urusan taqwa adalah wasiat Allah kpd org terdahulu juga sehingga kini dan akan dtg.
7)Puasa bukan sekadar berlapar dahaga, tetapi mengikuti arahan Allah , atas kebesaran Allah, namun ramai yg berpuasa tetapi hanya dpt haus, lapar sahaja. Kita patut muhasabah diri kita utk membuat penambahbaikan atas setaip amalan kita.
8)Urusan Solat arahan kpd nabi semasa israq mi'raj.
9)Ibadat puasa pula adalah utk anugerah Allah kpd manusia.
10)Puasa itu perisai dan doa adalah senjata bagi org mu'min. Apabila kita berpuasa, doanya sangat mustajab dan ianya tidak ditolak oleh Allah.
11)Katakan aku sedang berpuasa seandainnay ada ujian yg diduga oleh Allah. Nescaya akan dilimpahkan pahala oleh Allah kerana kita semua sedang dilatih oleh Allah.
12)Ibadat puasa tidak nampak oleh org lain tidak seperti solat yg jelas blh dinampak oleh org lain.
13)Riwayat : seorang wanita tidak meninggalkan solat dsb, namun dia x menjaga mulutnya selalu mengumpat. Nabi mengatakan dia adalah penghuni neraka, kerana tidak menjaga hubungan sosialnya.
14)Jagalah dosa akibat 2 ini: a)antara 2 bibir ie mulut dan antara 2 peha ie sex.
15)Makanan rohani ada ilmu dan Al Quran. Al quran dilahirkan dlm bulan puasa dan nabi belajar dari jibril.
16)Sesiapa yg membaca Al Quran maka di akhirat nanti dia akan mendapat syafaat alquran nanti.
17)Jika tidak tahu membaca alquran, wajib belajar dan di asah ilmu agar blh menghafal alquran.
18)Apabila rohani kita cukup makan, maka kita akan seronok dan akhirnya layak diijazahkan menjelang syawal dan mendpt kenikmatan utk sepanjang tahun.
19)Kita cuba cari kenikmatan rohani disamping kenikmatan kekayaan yg selalu di cari.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 4, 2011

Tazkirah ramadhan hari ke-4: 4aug2011; ust karianto

Tazkirah ramadhan hari ke-4: 4aug2011; ust karianto

1)Bulan ramadhan ini dipenuhi dengan keberkatan, kita memohon keampunan dosa dari Allah. Jika bukan dlm bulan keampunan ini kita memohon keampunan dosa kita bila lagi boleh kita memohon keampuan dosa kita yg banyak kecuali di bulan keampunan ini.
2)Bulan ini penuh dengan kerahmatan dari Allah kepada seluruh hambaNya dan seluruh ciptaanNya. Sehinggakan haiwan pun mendapat kerahmatan apatah lagi manusia.
3)Siapakan pendusta agama? Persoalan Allah utk kita fikirkan didalam ayat al quran. Sebenarnya yg dikatakan pendusta Agama ini adalah org yg membiarkan anak yatim, tidak mahu memberi makan org miskin
Walaupun Ia juga melakukan solat.
4)Islam bukanlah sekadar solat, berpuasa, haji dsb. Namun lebih jauh dari itu mesti mengambil berat hal sosial dan masyrakat iaitu melindungi anak yatim dan memberi makan org miskin: 'yatim' dan 'miskin' yang banyak di ceritakan di dalam alquran..
5) Keperluan anak yatim bukan shj makanan tetapi lebih dari itu memberikan kasih sayang kpd mereka. Oorg yg menyayangi anak yatim PASTI masuk syurga, janji Allah.
6)Persoalan org miskin adalah sunatullah, ia sentiasa ada di dlm masyarakat, sepanjang zaman. Jadi kita jangan malu utk membantu org miskin kerana itu adalah ujian Allah bagi org yg mampu.
7)Fikirkan di zaman ini, ramai di kalangan kita sentiasa pergi Haji dan Umrah setiap masa, tapi wajarkah kita jika tidak mengambil berat org miskin di sekitar kita sedangkan mereka hendak makan pun sukar apatah lagi bersekolah.
8)Inilah yang Rasulullah sebutkan pendusta agama kerana mereka yg sering bersolat tetapi tidak mengambil berat anak2 yatim dan org miskin.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tanzil Quran Navigator

Al-Ahqaf [46:4] - Tanzil Quran Navigator

Bulan Ramadhan ini adalah terlebih baik jika kita bersama-sama membaca Al-Quran walaupun di depan PC.

Mingkin sedang bertugas, pasangkan Al-Quran sebagai halwa telinga adalah terlebih baik daripada yang lain-lain.

Insyallah

Tuesday, August 2, 2011

Jadual Masa Dividen PNB

Berikut adalah senarai Aginah Pendapatan (Dividen) untuk Akaun-akaun PNB

1) ASN pada 31hb. December
2) ASB pada 31hb. December
3) ASW 2020 pada 31hb. August
4) ASN2 pada 30hb. Jun
5) ASM pada 31hb. March
6) ASD pada 30hb. Jun
7) ASG-Didik pada 31hb. March
8) ASG-Sihat pada 31hb. March
9) ASG-Sara pada 31hb. March
10)ASIM pada 31hb. September

sekian untuk makluman bagi yang memerlukan.

Kuliah subuh 24 Julai 201

Kuliah subuh 24 Julai 2011


1) Jaga makanan kita, jangan terlalu banyak dan Mesti halal / harus.
2) Kena tau kategori makanan yang. Haram yg di tentukan oleh Allah.
3) Haram = perkara yg dituntut oleh syarak supaya ditinggalkan dgn permintaan yg tegas.
4) Jika seseorang itu melakukan juga, maka dia akan berhadapan dengan ancaman Allah di akhirat . Walaupun tidak di sebut dgn jelas oleh Allah
5) Ataupun dia akan di balas di dunia lagi.
6) Bagi menderhaka kpd Ibu Bapa tidak ada hukuman bagi anak tersebut tetapi dia akan di hukum / di balas oleh Allah terhadap org itu semasa di dunia / akhirat.
7)Yg haram itu jelas, yg halal itu jelas di antara itu banyak yg tidak jelas yg blh membawa kepada perkara subhah.
8) Muzaharah = hendak menzahirkan persaan
9) Saidina omar , slspas pemerintahan dia akan dibuka pintu fitnah. Dan pintu itu akan dipecahkan ( dia akan mati dibunuh)
10) Adi bin khatim:
11) Minum darah: haram di minum, hukum bagi mencuci daging iaitu setaip basuhan perlu disiram dgn air utk menukar hakum dari haram kpd halal. Syara' mengatakan ianya hukumnya dimaafkan.
12) Hukum haram bagi khinzir : makanan akan mempangaruhi perasaan. Ia akan menjadikan tiada persaan cemburu (ghirah). Dalam kata lain dayus. Tidak menjaga aurat dsb dan tidak ditegur oleh si bapa adalah dayus dan berdosa.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kuliah maghrib 23 july 2011

Kuliah maghrib 23 july 2011


1) Islam terdiri dr 3 asas penting : ibadah, syariah ,akhlak.
2) Akidah = mcm akar sebatang pokok
3) Syariah = batang pokok hingga daun
4) Akhlak = macam buah / hasil. Matlamat menanam pokok utk menghasilkann
yang lain..... terdelete !!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kuliah maghrib 17 july 2011

Kuliah maghrib 17 july 2011

1) Berpuasa dari terbit fajar. Hingga terbenam matahari. Sunat muakkad kerana mempercepatkan berbuka. Makruh jika melambat2kan berbuka, dan haram jika tidak berbuka dan utk mencuba2 diri .
2) Umat Nabi Muhammad puasa 30 hari (1 bulan di bulan ramadhan) + 6 hari di bulan syawal = 36hari bersamaan dengan 360hari (1 tahun) berpuasa.
3) Berpuasa = menahan makan dan minum
Allah hendak membersihkan jiwa dan nafsu kita yg jahat utk jadi baik.
4) Jika sakit dan bermusafir Allah membolehkan dia berbuka dan x berpuasa. Akan tetapi dengan menurut syarat2 yg digariskan oleh Allah.
5) Perintah berpuasa ini Allah letakkan kepada orang yg beriman (mikmin). Jika perintah itu kpd org islam, ramai yg tidak berpuasa. Oleh itu yang benar2 akan menjalan kan ibadat puasa ini adalah org yg beriman.
6) Ada dikalangan umat yg berpuasa ttpi tidak menutup aurat, tidak bersolat,
7) Tujuan puasa yg utama ada utk bertaqwa kpd Allah. Kerana taqwa lah yg menjaga diri manusia. Sehinggakan jika sesiapa berkehendaKkan berkahwin, akan tetapi x berkemampuan maka hendaklah dia berpuasa.
8) Level2 puasa
Puasa awam = macam kanak2 ; menahan makan dan minum
Puasa khusus = menahan dpd kata2 yg x bermanfaat , menahan pandangan yg tidak baik
Puasa khusus bil khusus = bukan sahajan menahan perkara2 di atas, tetapi memperbaiki hati. Inilah level para nabi dan org yg soleh.
9) Keutamaan berpuasa juga utk pensucian diri dan kesihatan badan, ubat yg paling mujarab adalah berpuasa utk memaintain tubuh badan diri.
10) Kekenyangan blh merosakkan diri dan melahirkan kebodohan.
11) Sepatutnya bulan puasa ini kita melebihkan aktiviti2 menambah ilmu kerana bila kita bwerpuasa otak kita akan mudah utk menerima ilmu kerana perut kita lapar.
12) Puasa adalah guru rahmat (10 hari pertama), pengampunan allah (10 hari kedua) dan dijauhkan dari api neraka dan lailatul kadar (10 hari terakhir).
13) Akhirnya mudah2an kita akan dpt memperbaiki diri dan menjadikan kita org beriman.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khutbah Jumaat 15jul2011

Khutbah Jumaat 15jul2011

Dari ayat Sajadah yg sunat dibacakan pada solat Subuh:
Pada hari akhirat ;
Ramai manusia akan meronta2 dan meminta kpd Allah swt utk kembali ke dunia utk beramal soleh kerana tidak tahan dgn azab api neraka.
Mereka sangat2 menyesal terhadap dosa2 yang tlh dilakukan semasa di dunia, dan tidak menjalankan amalan yg tlh digariskan oleh Rasullullah dan Al-Quran.

Umat Islam perlu bersatu utk memertabatkan Ummah, hanya Orang berIman sahaja boleh bersatu dgn berpandukan kpd Al Quran dan Sunnah.
Umah akhir zaman diumpamakan sebagai org yg meraba2 utk mencari jalan akan tetapi disampingnya terdapat lampu yg tidak digunakan dan lampu tersebut adalah Al Quran.

Umat Islam perlu bersatu utk memertabatkan Ummah, hanya Orang berIman sahaja boleh bersatu dgn berpandukan kpd Al Quran dan Sunnah.
Umah akhir zaman diumpamakan sebagai org yg meraba2 utk mencari jalan akan tetapi disampingnya terdapat lampu yg tidak digunakan dan lampu tersebut adalah Al Quran.

Sabda Rasullah: di akhir zaman, Ada dikalangan umat manusia yg membuka pintu kebaikan dan menutup pintu kejahatan. Akan tetapi ada juga ada di antarnya yg membuka pintu kejahatan dan menutup pintu kebaikan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tazkirah ramadhan hari ke-3: 2aug2011; ust ismail abas

Tazkirah ramadhan hari ke-3: 2aug2011; ust ismail abas

1)Dalam konteks kita beramal kita hendahkan berilmu.
2)Dua golongan yg di angkat darjat ; iaitu org yg Alim dan
3)Jika kita tahu kebaikan yg Allah berikan pada bulan Ramadhan ini nescaya kita akan memohon agar Ramadhan akan dipanjangkan sepanjang tahun kerana pintu Syurga dibuka dan pintu nerakan di tutup.
4)Kita semua akan mati, apakah persiapan kita utk menghadapi kematian?
5)Kita mengharapkan menjadi org yg berTaqwa kepada Allah dan bulan ramadhan inilah prosedur utk menuju keTaqwaan itu.
6)Perbanyakkan memohon keampunan kepada Allah swt.
7)Tuntutan berpuasa adalah menahan diri daripada perkara yg dilarang @ diharamkan dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Pada mlm hari masa utk beribadat kpd Allah.
8)Barang siapa memberi makan org berpuasa dgn rezeki yg halal, maka allah akan mengurniakan 3 anugerah yg besar.
a-Mendapat doa para malaikat sepanjang ramadhan,
b-Berpeluang utk bersalam dgn jibril iaitu mendapat lailatul qadar. Tandanya iaitu org ini dikurniakan hati yg lembut, terasa insaf diri dan bercucuran air mata atas kesalahan diri.
c-
9)Akan tetapi jika org itu tiada apa2 utk bersedekah maka cukup utk dia memberikan sedikit makanan, @ beberapa biji kurma, @ secawan susu, @ beberapa titik air putih.
10)Syarat utama beribadah adalah berIman kepada Allah, jangan tolak mana2 hukum Allah, hendaklah berlawan dengan hawa nafsu.
11)Kita hendaklah kembali berpegang kepada Al-Quran. Dan beramal dgnnya.
12)Hendaklah kita berkejar utk bersolat jemAah apabila di laungkan azan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.