Assalamualaikum wmt wbt
Salam kepada semua pembaca sekelian.
Pada masa saya membelek-belek data dalam hand phone saya, tiba-tiba saya terperasan benda penting yang saya capture semasa preparation nak berangkat sebelum menunaikan haji.
Nak tau , nah tengok ini :
Tag gambar dan maklumat di beg itu telah menarik perhatian ramai orang apabila saya membawa beg tersebut. Ye, ia memang banyak membantu.
Sebenarnya ia adalah di rekabentuk oleh Hj. Munir, dia adalah sahabat lama saya dan berjumpa semula setelah jejak kasih oleh rakan saya Nash. Memandangkan dia telah pergi menunaikan haji pada tahun sebelum itu, 2009 maka banyak la ILMU yang telah di 'share' kan sekali pada suatu malam ketika dia berkunjung ke rumah sebelum saya berangkat.
So dia telah menghadiahkan satu 'design ' yang unik memandangkan tatkala jutaan manusia berkunjung ke Tanah Suci sudah tentulah identiti yang unik diperlukan untuk mudah mengenalpasti barangan sendiri. Alhamdulillah, ianya BERJAYA.
Terima kasih Hj. Munir, hanya Allah swt yang membalas apa yang tuan telah bantu saya.
Kepada bakal Tetamu Allah, jika berminat untuk mendapatkan softcopy tagging di atas , boleh hubungi saya di irsofiankezo@gmail.com . Mudah-mudahan saya pula akan dapat 'pahala tak sengaja' , ye lah bukan senang nak ke SANA tapi dapat kirim barang untuk kemudahan jemaah pun jadi lah.
Wassalam
No comments:
Post a Comment