Thursday, February 10, 2011

Kebangkitan semula harga EMAS

Prestasi harga semasa emas yang telah pulih setelah mengalami kejatuhan pada bulan Januari 2011 yang lepas sehingga 1318 USD/oz :


Sebenarnya kejatuhan harga emas bukanlah sesuatu petanda penunjuk yang pelaburan di dalam emas ini tidak menguntungkan.

Akan tetapi ini adalah kelaziman biasa di dalam apa-apa juga harga komoditi pasaran dunia, yang memberi petunjuk masa yang sesuai bagi pelabur-pelabur untuk menambah pelaburan di dalam emas.

Apabila harga emas meningkat semula sebagaimana graf di atas, dan ianya akan naik dan naik lagi berkadaran dengan masa sebagaimana gambaran graf prestasi 5 tahun di bawah ini :



Jika di lihat kepada graf sejarah di atas, maka ini akan dapat membuktikan bahawa harga EMAS akan naik SEPANJANG MASA ... untuk tempoh masa yang panjang.

Bagi sesiapa yang memikirkan untuk membuat pelaburan dalam EMAS untuk 'short term' maka saya juga sebagai salah seorang pelabur emas tidak lah menggalakkan.

Bagi 'customer' emas saya yang mengeluh harga emas jatuh merundum sebelum sambutan Gong Xi Fa Chai yang lepas, jangan lah bersedih. Yakin dan pastilah bahawa setiap apa yang dilaburkan di dalam EMAS ini tidak akan merugikan walau pada masa bila pun kita membeli samada harga turun atau pun naik.

Satu peringatan dari saya :

SIMPAN EMAS untuk MASA DEPAN KEWANGAN anda.

Ubahlah minda anda bahawa,

mataWANG = kertas, dan kertas TIDAK menyimpan NILAI.

Ia boleh di cetak pada bila-bila masa pada apa-apa nilai.

Beralihlah kepada,

EMAS = bahan yang berharga , dan emas adalah penyimpan NILAI yang terbaik dari DULU sehingga sekarang dan SELAMA-LAMAnya.

Ia tidak boleh di buat tetapi cari (cari gali) dan boleh di tempa untuk apa-apa juga bentuk (bar ataupun coin) dan nilainya adalah sama berNILAI pasal itu orang akan tetap memanggil ia sebagai EMAS.


Salam EMAS dari Ir Sofian.

No comments:

Post a Comment