Friday, April 8, 2011

Menyimpan Emas dengan cara Gold Saving Passbook

Membuat Pelaburan Emas di Gold Saving Passbook di Maybank dan Public Bank


Just nak share sedikit maklumat tentang melabur di dalam Emas selain membeli emas fizikal, anda boleh membeli emas menggunakan akaun simpanan emas.

Di Malaysia terdapat 2 bank yang menyediakan perkhidmatan ini iaitu:

1. Public bank - Gold Investment Account (GIA)
2. Maybank - Gold Saving Passbook Account (GSPA)


PUBLIC BANK : GOLD INVESTMENT ACCOUNT (GIA)
Public Bank menyediakan perkhidmatan akaun pelaburan emas (Gold Investment Account).

Akaun pelaburan emas Public Bank ini tidak memberi
kan interest, sebaliknya keuntungan adalah daripada kenaikan harga emas.

Amaun minimum untuk membuka akaun ini ialah 20 gram (ikut harga emas semasa). Untuk pembelian emas seterusnya minimum ialah 5 gram

Contoh :
Jika harga semasa emas ialah RM146/gram, maka anda kena sediakan RM2,920.00 sebagai permulaan. Harga emas akan berubah hari-hari mengikut harga emas semasa. Untuk melihat rate harian anda boleh tengok link ini:

http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

Jika anda hendak mengeluarkan wang (istilah: menjual kepada bank ) maka bank akan mengira jumlah gram emas dalam akaun anda darab harga jualan bank.

Contohnya.

Katakan rate pada 8hb April 2011 ialah:

Gold Investment Account as at 08/04/11 3:45 PM

Selling PriceBuying Price
1 gramRM 146.0000RM 140.3600


harga jualan emas = RM146.00 per gram ( harga bank jual pada anda)
harga belian emas = RM140.36 per gram (harga bank beli daripada anda)
spread dari nilai di atas adalah = 3.86% dan ianya adalah rendah dan akan menguntungkan pelabur.

Jika hendak membeli 5 gram emas, maka anda kena bayar RM146.00 x 5gram = RM730.00
Jika menjual 5 gram emas kepada bank,
maka bank akan membayar anda RM140.36 x 5 gram = RM701.80

(update: Public Bank tidak lagi menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal. Sila rujuk laman web public bank untuk maklumat lanjut)

Untuk memastikan akaun ini aktif, pelanggan perlu mengekalkan sekurang-kurangnya 2 gram didalam akaun. Servis cas RM10 akan dikenakan pada awal tahun sekiranya jumlah emas didalam buku simpanan kurang dari 10 gram pada hujung tahun.

MAYBANK BHD : GOLD SAVING PASSBOOK ACCOUNT (GSPA)








Sebagaimana Public Bank Gold saving account, Maybank juga menyediakan akaun pelaburan emas.
Emas yang dijual adalah emas 24K (999.9).

Amaun minima untuk membuka akaun simpanan emas Maybank adalah 5 gram.

Last update : 8-Apr-11 at 8:34:33 AM

Gold Savings Passbook
DATE
SELLING (RM/g)
BUYING (RM/g)
8 - Apr - 2011
144.87
138.98

Harga harian emas Maybank boleh dilihat di sini:
http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/treasuryRates.do?chCatId=/mbb/Personal/INV-Investment&programId=INV03-Gold&cntTypeId=0&cntKey=INV03.03

harga jualan emas = RM144.87 per gram ( harga bank jual pada anda)
harga belian emas = RM138,98 per gram (harga bank beli daripada anda)
spread dari nilai di atas adalah = 4.07%.

Amaun minima anda perlu simpan dalam satu-satu masa ialah 1 gram.


Untuk pembelian seterusnya, minima 5 gram diperlukan.

Dari contoh dari harga diatas:
Saya dapati perbezaan harga belian dan jualan Maybank adalah lebih tinggi berbanding Public bank.

Kebaikan akaun simpanan emas:

1. Kos modal yang rendah, dimana anda boleh melabur dengan kuantiti yang sedikit ( 5 gram untuk Maybank dan 20 gram untuk Public bank.

2. Mudah. Anda tak perlu risau tentang penyimpanan emas kerana transaksi jual beli direkodkan dalam buku. Kalau buku hilang pun tak kisah, boleh gi bank utk ganti.

3. Boleh withdraw emas fizikal kalau nak, tapi kena bayar kos insurans dan pengangkutan.

Kelemahan:

1. Memandangkan anda tak dapat emas fizikal, maka tak boleh gadai kalau nak pakai duit. Anda terpaksa menjual emas tersebut untuk dapat cash. Kalau anda pajak emas fizikal, sebarang kenaikan harga emas akan menguntungkan kerana emas tersebut masih milik anda.

2. Anda tak boleh lihat dan pegang emas fizikal. Memang berbeza rasanya emas fizikal dan buku simpanan emas nie.

3. Transaksi belian dan jualan boleh dilakukan waktu banking hours sahaja dan mesti melalui kaunter.

4. Kena beli pakai cash. Kalau beli kat kedai emas, boleh pakai credit card.

Kesimpulan.

Bagi anda yang ingin menyimpan emas secara sedikit-sedikit, anda boleh melabur menggunakan akaun simpanan emas. Ianya mudah.
Walaupun saya lebih menggemari emas fizikal, namun untuk mempelbagaikan jenis pelaburan membeli emas dengan kaedah ini pun ok juga.

Selamat MELABUR !!!

No comments:

Post a Comment