Thursday, February 17, 2011

Aku kena ROMPAK !!

Aku di ROMPAK !

Salam kepada semua pembaca. Didoakan agar semua dalam keadaan sihat hendaknya.

Pada ahad 13hb. Feb. 2011 yang lepas ini, saya telah menyempurnakan undangan perkahwinan rakan semasa belajar dahulu Hj. Nordin di Dewan Majlis Perbandaran Nilai, Nilai, Negeri Sembilan. Akan tetapi bukan dia yang kahwin tetapi anak dia yang kahwin. Ye anak pertama. Alhamdulillah nampaknya semua ok, majlis berjalan dengan baik sekali.

IMG00437-20110213-1426-MPN.jpg

Telah selesai makan dan bersembang-sembang, saya pun kembali menuju ke kereta untuk menyambung perjalanan ke JB pula untuk melawat kakak saya yang menajalani ‘operation’ di bahagian ‘perempuan’. Akan tetapi hajat tersebut terpaksa dibatalkan akibat daripada kejutan yang sebelum ini saya sering dengar akan tetapi sekarang ia menimpa saya …..

IMG00435-20110213-1425-Pecah.jpg

Apa nak buat ????? Ujian daripada Allah s.w.t. , kereta kena pecah cermin. Hand bag wife kena ambik. Memang le sedeh pasal kejadian tu, tapi Alhamdulillah juga patut di ucap pasal ada banyak lagi benda yang ada dalam kereta tu lebih-lebih lagi ‘brain’ satu nie …. Note book kesayangan ni laa. Dan lain-lain lagi. Allah masih melindungi. Dia bagi sikit aje ujian.

Lepas tu buat report polis di Bandar Baru Nilai, jemuh kena interview dengan kaunter laa, dengan itu la last sekali dengan Sarjan dia. Dah lama juga saya menunggu, letih jugak laa, barulah CSI geng datang ambil bekas-bekas thumb print kat dinding kereta. Macam ye, macam tak aje tengok.

IMG00445-20110213-1538-CSI.jpg

Masa nak balik tu, tengok-tengok agak gelap jugak. Wahh suspen jugak nie, cepat-cepat cari plastic dan akhirnya jadi macam ni lah. Alah sedihnyaaa tengok kereta aku nie !!!!

IMG00447-20110214-0849-Under Cover.jpg

Tak apa sementara aje, pujuk hati…..

Hari Khamis, dapatlah cari ruang sikit. Pagi pergi ke Puchong , stok tak ada. Tergerak hati untuk ke Kapar, Klang. Orang kata banyak barang murah kat sana , almaklumlah tempat Port. Dipendekkan cerita Allah bawak jumpa kat kedai cina, terkejut dia bagi harga MURAHHH . RM400.00 aje. Huh glass yang tak ori dari Thai pun dah RM520.00 warna putih pulak tu.

Sori nanti akan sambung lagi, ada hal penting nak kena settle. Pendek dan akhirnya dapat selamat buat kat KL dengan upah pasang RM50.00 , masa dia pasang macam ini lah.

IMG00475-20110217-1443-pasang.jpg

Moral of the story, Allah menjadikan sesuatu tu ada hikmahnya. Hasil daripada ujian ini, SESIAPA NAK BELI CERMIN KERETA CARILAH SAYA . TELEPON AJE 019-351 4647

Wassalam

No comments:

Post a Comment