HARI 5: Laman web - Berniaga melalui Facebook
Oleh Irfan Khairi
Oleh Irfan Khairi
Berkemungkinan besar, anda mempunyai akaun Facebook. Kita gunakan Facebook untuk berhubung dengan kenalan atau keluarga kita.
TETAPI!
Berhati-hati kerana RAMAI yang mempromosikan perniagaan mereka cara salah di Facebook. Mungkin anda pernah kena TAG gambar anda dengan promosi perniagaan orang lain bukan? Ataupun mungkin ada orang lain meletakkan IKLAN di bahagain comments status anda? Ataupun anda mendapat message PROMOSI dari seseorang yang anda tidak kenal mengenai perniagaan mereka?
Adakah anda suka apabila ini terjadi? Rata-ratanya ramai yang tidak suka apabila dilimpahi cara prmosi sebegini. Ianya dikenali sebagai SPAMMING. Spamming Facebook bermaksud, mempromosikan sesuatu perniagaan secara membuta tuli kepada sesiapa sahaja di Facebook.
JANGAN lakukan ini oleh kerana seperti anda, orang lain juga turut tidak suka perbuatan sebegini. Ianya hanya menjatuhkan kredibiliti sesuatu perniagaan sekiranya melakukan spamming.
Jadi, apakah caranya promosi di Facebook?
Caranya adalah dengan membina jaringan dan membina kredibiliti. Jangan anggap Facebook sebagai tempat promosi perniagaan anda, tetapi anggapnya sebagai tempat membina jaringan dan kepercayaan antara anda dan bakal-bakal pelanggan anda.
Kemudian, kongsikan lebih banyak maklumat semula! Dengan melakukan cara ini, lebih ramai akan menyertai Facebook anda dan mereka akan sukakan anda sebagai seorang usahawan!
Promosi dibolehkan melalui Facebook, tetapi, jangan lakukan promosi membuta tuli sehingga orang tidak gemar kaedah anda. Lakukan 'soft selling' dengan cara banyak berkongsikan maklumat, dan hanya sekali-sekala kongsikan mengenai perniagaan anda.
Tidak kira apa sahaja yang anda jual, kongsikan banyak maklumat dan lebihkan maklumat berkaitan dengan industri anda daripada lebihkan promosi semata-mata. Bila anda banyak berkongsi maklumat, lebih ramai yang akan menyertai Facebook anda dengan pantas. Dan ini merupakan prospek-prospek perniagaan anda!
Melalui Facebook, anda perlu membina jenama anda sebegini untuk menjamin kejayaan perniagaan anda jangka panjang.
No comments:
Post a Comment