Sunday, January 16, 2011

Business Tips : IK #11

HARI 11: Promosi - Meletakkan iklan banner
Oleh Irfan Khairi
Cara yang pengiklanan yang paling popular di Internet adalah pengiklanan berbentuk banner. Banner adalah iklan-iklan grafik berbagai saiz dan bentuk yang tertera di laman-laman web mempromosikan sesuatu perniagaan Internet.
Untuk meletakkan iklan banner di sesebuah laman web, bayaran dikenakan. Bayaran bergantung kepada populariti sesuatu laman web tersebut (laman yang anda ingin meletakkan iklan). Laman web yang popular (ramai pelawat) adalah lebih mahal berbanding dengan laman web yang kurang pelawat.
Berikut adalah beberapa contoh pengiklanan banner:
Seperti contoh-contoh di atas, banner mempunyai link ke laman-laman web yang dipromosikan- sama ada produk atau perkhidmatan.
Pastinya anda pernah melihat banner iklan yang terpampang di laman laman di Internet, dan mungkin juga anda pernah klik pada banner-banner ini yang membawa anda ke laman web yang diiklankan.
Iklan banner datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Seringkali, pemilik perniagaan perlu membayar kepada sesuatu laman web untuk menempatkan banner mereka pada pelawat-pelawat laman tersebut. Harga meletakkan banner di sesuatu laman web bergantung kepada:
  • Populariti laman - Laman web yang popular dan menerima ramai pelawat sering mengenakan harga lebih mahal berbanding dengan laman web yang kurang terima pelawat.
  • Saiz banner- Lagi besar sesuatu banner, lagi mahal kos untuk menempatkannya. Banner yang kecil, adalah lebih murah.
  • Lokasi banner - Lebih tinggi kedudukan sesuatu banner di laman web, lebih mahal kosnya. Banner yang ditempatkan di bahagian bawah laman web adalah lebih murah.
Cara terbaik untuk pengiklanan banner adalah, pastikan iklan diletakkan di laman yang berkaitan dengan produk yang ingin diiklankan. Fikirkan laman web industri yang sama.
Sebagai contoh, sekiranya anda ingin iklankan perniagaan fesyen tudung, mungkin laman web terbaik untuk meletakkan iklan adalah laman web fesyen & islamik. Sekiranya anda ingin iklankan perniagaan menjual cover handphone, mungkin laman terbaik untuk meletakkan iklan adlaah laman web berkaitan handphone. Sekiranya anda ingin menjual peta Malaysia, mungkin laman web terbaik untuk meletakkan iklan adalah laman web maklumat pelancongan Malaysia.
Pastikan iklan yang diletakkan adalah di laman web yang tepat sasaran perniagaan anda untuk memaksimakan pelaburan pengiklanan yang anda lakukan. Iklan yang tepat pada sasarannya akan memberilebih ramai pelawat ke laman web anda berbanding dengan iklan yang tidak tepat sasarannya!
Teknik pemasaran banner ini adalah amat penting untuk memastikan kempen pengiklanan banner anda dapat memaksimakan keuntungan sesuatu perniagaan dengan menyediakan banner yang menjimatkan kos, efektif dalam menarik pelawat serta memberi impak untuk menyediakan pelawat membuat belian!

No comments:

Post a Comment