Thursday, January 13, 2011

Business Tips : IK #10

HARI 10: Promosi - Bertukar link dengan laman lain
Oleh Irfan Khairi
Pada asasnya, Internet merupakan jaringan komputer yang berpaut (link) antara sama lain yang menghubungi berbilion pengguna serata dunia.
Asas Internet adalah pautan, ataupun lebih dikenali sebagai link. Anda sering ke satu laman web dari satu laman web yang lain menggunakan link. Begitu juga dengan asas promosi di Internet, iaitu pautan/link- satu laman web perniagaan perlu mempunyai link ke laman web yang lain.
Tak kira apa sahaja perniagaan yang kita jalankan, kita perlu mencari rakan-rakan niaga di Internet untuk sekurang-kurangnya bertukar link. Erti bertukar link adalah, laman web A mempunyai link ke laman web B. Dan laman web B mempunyai link semula ke laman web A.
Contoh bertukar link adalah apabila laman web menjual tudung mempunyai link ke laman web pakaian muslimah. Begitu juga laman web pakainan muslimah tersebut perlu mempunyai link semula ke laman web tudung.
Contoh lagi adalah bertukar link laman web menjual CD lagu mempunyai link ke laman web menjual DVD wayang gambar. Begitu juga dengan laman web DVD wayang gambar tersebut mempunyai link semula ke laman web menjual CD lagu itu tadi.
Apa sahaja perniagaan Internet yang dijalankan, bertukar link dengan perniagaan yang lain- di dalam industri yang sama dan tidak bersaing- akan menambahkan lagi jumlah pelawat kedua-dua laman tersebut dengan cara berkongsi pelawat.
Katakan laman web menjual CD lagu menerima 100 pelawat sehari. Laman web DVD wayang gambar pula mendapat 100 pelawat. Dengan bertukar link, apa yang berlaku adalah kedua perniagaan ini berusaha sama untuk berkongsi pelawat. Mungkin 50 pelawat dari laman CD akan melawat laman DVD. Begitu juga 50 pelawat laman DVD akan melawat laman CD.
Apa yang berlaku adalah, di penghujung hari, atas usaha sama bertukar link tersebut, kedua laman web menerima 150 pelawat setiap hari dan bukan lagi 100.
Pertukaran link dengan laman web sebegini adalah amat efektif dalam mendapat pelawat tambahan bagi sesuatu laman web- secara percuma. Oleh kerana, pertukaran link dengan laman web lain adalah atas dasar suka sama suka. Tiada bayaran dilakukan.
Anda hanya perlu mencari perniagaan apakah yang terbaik untuk anda bertukar link. Fikirkan industri yang sama, dan perniagaan yang tidak bersaing. Mulakan dengan menghantar email kepada pemilik laman web yang anda ingin melakukan usaha sama dan nyatakan cadangan anda untuk bertukar link supaya kedua perniagaan dapat meraih pelawat yang lebih.
Bertukar link di Internet dengan laman lain adalah asas promosi sesuatu laman web. Esok saya akan kongsikan kaedah paling popular pengiklanan di Internet untuk menambahkan pelawat dan pelanggan perniagaan anda!

No comments:

Post a Comment