Monday, January 17, 2011

The Millionaire's Mind

Buku laris di pasaran, “The Millionaire’s Mind” tulisan Dr. Thomas Stanley melakukan survey/research pada jutawan2 di US.

Faktor-faktor Jutawan mengikut turutan oleh Dr. Thomas Stanley adalah…

  1. Being honest with all people
  2. Being well discipline
  3. Getting along with others
  4. Having a supportive spouse (husband/wife)
  5. Working harder than most people
  6. Loving my carreer / business
  7. Having strong leadership qualities
  8. Having a very competitive spirit / personality
  9. Being very well organized
  10. Having the ability to sell my ideas / products
  11. Making wise investments
  12. Seeing opportunities other do not see
  13. Being my own boss
  14. Willing to take financial risk given the right return
  15. Having good mentors
  16. Having the urge to be well respected
  17. Investing in own business
  18. Finding profitable niche
  19. Having extraordinary energy
  20. Being physically fit

Why Invest In Physical Gold?

PDFPrintE-mail

Top 10 Reasons to Invest in Physical Gold

  1. No other investment has the wealth preserving power of gold.
  2. Gold should be part of every optimally diversified portfolio.
  3. Physical (allocated) gold is the most secure way to invest in gold.
  4. The current U.S. debt and trade crisis will continue to push gold prices up.
  5. A tangible and liquid asset, gold is the only truly international currency.
  6. Gold maintains its value through political and social upheavals, wars, and natural disasters.
  7. Unlike paper currency, stocks and bonds, gold will never loses its intrinsic value.
  8. Gold is an inflation-proof investment.
  9. Gold will always be in demand, and demand is increasing.
  10. Gold has always been, and will always be, the most legendary precious metal in the world.


Ir Sofian
Jan 2011

Sunday, January 16, 2011

Business Tips : IK #12

HARI 12: Promosi - Enjin Pencari
Oleh Irfan Khairi
Promosi perniagaan Internet tidak semestinya memakan belanja yang tinggi. Ia juga boleh dilakukan secara percuma. Cara yang paling efektif untuk promosi sesuatu laman web secara percuma adalah menggunakan enjin pencari.
Pastinya anda pernah menggunakan enjin pencari seperti Google, Yahoo dan MSN. Ketiga-tiga enjin pencari ini dikenali sebagai "The Big 3". Ini kerana 90% pengguna Internet menggunakan antara 3 enjin pencari ini. Bayangkan sekiranya sesiapa sahaja melakukan carian berkenaan dengan perniagaan anda di Internet, dan laman web anda tertera di search result yang dilakukan. Ini adalah promosi yang percuma dan efektif untuk apa sahaja jenis perniagaan.
Langkah pertama untuk memastikan laman web anda tersenarai di dalam enjin pencari adalah untuk anda daftar secara percuma di ketiga-tiga enjin pencari di atas. Untuk daftar secara percuma, lawati laman-laman berikut dan isikan maklumat laman web anda:
Masukkan maklumat laman web anda di URL yang diberikan di atas, dan laman web anda akan disertakan di dalam senarai carian enjin-enjin pencari tersebut. Ia mungkin akan mengambil masa antara 2 minggu hingga 1 bulan sebelum laman web anda disertakan.
Tip Revolusi:
Enjin pencari adalah kaedah penting dalam mempromosikan perniagaan Internet anda. Langkah di atas akan memasukkan laman anda di enjin-enjin pencari di atas (belum pasti di mukasurat. Namun, untuk memastikan laman anda tersenarai di muka hadapan enjin pencari, terdapat strategi tertentu.
Di Revolusi Perniagaan Internet, anda akan didedahkan strategi bagaimana mendapatkan laman web anda di muka surat pertama enjin pencari, supaya lebih ramai dapat jumpa laman web anda secara percuma!

Business Tips : IK #11

HARI 11: Promosi - Meletakkan iklan banner
Oleh Irfan Khairi
Cara yang pengiklanan yang paling popular di Internet adalah pengiklanan berbentuk banner. Banner adalah iklan-iklan grafik berbagai saiz dan bentuk yang tertera di laman-laman web mempromosikan sesuatu perniagaan Internet.
Untuk meletakkan iklan banner di sesebuah laman web, bayaran dikenakan. Bayaran bergantung kepada populariti sesuatu laman web tersebut (laman yang anda ingin meletakkan iklan). Laman web yang popular (ramai pelawat) adalah lebih mahal berbanding dengan laman web yang kurang pelawat.
Berikut adalah beberapa contoh pengiklanan banner:
Seperti contoh-contoh di atas, banner mempunyai link ke laman-laman web yang dipromosikan- sama ada produk atau perkhidmatan.
Pastinya anda pernah melihat banner iklan yang terpampang di laman laman di Internet, dan mungkin juga anda pernah klik pada banner-banner ini yang membawa anda ke laman web yang diiklankan.
Iklan banner datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Seringkali, pemilik perniagaan perlu membayar kepada sesuatu laman web untuk menempatkan banner mereka pada pelawat-pelawat laman tersebut. Harga meletakkan banner di sesuatu laman web bergantung kepada:
  • Populariti laman - Laman web yang popular dan menerima ramai pelawat sering mengenakan harga lebih mahal berbanding dengan laman web yang kurang terima pelawat.
  • Saiz banner- Lagi besar sesuatu banner, lagi mahal kos untuk menempatkannya. Banner yang kecil, adalah lebih murah.
  • Lokasi banner - Lebih tinggi kedudukan sesuatu banner di laman web, lebih mahal kosnya. Banner yang ditempatkan di bahagian bawah laman web adalah lebih murah.
Cara terbaik untuk pengiklanan banner adalah, pastikan iklan diletakkan di laman yang berkaitan dengan produk yang ingin diiklankan. Fikirkan laman web industri yang sama.
Sebagai contoh, sekiranya anda ingin iklankan perniagaan fesyen tudung, mungkin laman web terbaik untuk meletakkan iklan adalah laman web fesyen & islamik. Sekiranya anda ingin iklankan perniagaan menjual cover handphone, mungkin laman terbaik untuk meletakkan iklan adlaah laman web berkaitan handphone. Sekiranya anda ingin menjual peta Malaysia, mungkin laman web terbaik untuk meletakkan iklan adalah laman web maklumat pelancongan Malaysia.
Pastikan iklan yang diletakkan adalah di laman web yang tepat sasaran perniagaan anda untuk memaksimakan pelaburan pengiklanan yang anda lakukan. Iklan yang tepat pada sasarannya akan memberilebih ramai pelawat ke laman web anda berbanding dengan iklan yang tidak tepat sasarannya!
Teknik pemasaran banner ini adalah amat penting untuk memastikan kempen pengiklanan banner anda dapat memaksimakan keuntungan sesuatu perniagaan dengan menyediakan banner yang menjimatkan kos, efektif dalam menarik pelawat serta memberi impak untuk menyediakan pelawat membuat belian!

Amanah Saham Bumiputra - 2010

Pulangan dividen ASB telahpun diwartakan oleh SPNB,

dividen yang diberikan adalah sebanyak 7.5% dan 1.25% sebagai bonus.

Perbandingan antara tahun-tahun lepas ASB adalah,

PRESTASI TABUNG

Tahun Berakhir 31 Disember
2007
2008
2009
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen)
8.00
7.00
7.30
Bonus Seunit (sen)
1.00
1.75
1.25


Rujuk di bawah untuk warta 2010 dari SPNB. :



ASB AGIHKAN PENDAPATAN 7.50 SEN SEUNIT DAN BONUS 1.25 SEN SEUNIT

21 Disember 2010

KUALA LUMPUR : Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Agihan pendapatan ini meningkat sebanyak 0.20 sen seunit berbanding yang dibayar tahun lalu (2009: 7.30 sen seunit)


Thursday, January 13, 2011

Business Tips : IK #10

HARI 10: Promosi - Bertukar link dengan laman lain
Oleh Irfan Khairi
Pada asasnya, Internet merupakan jaringan komputer yang berpaut (link) antara sama lain yang menghubungi berbilion pengguna serata dunia.
Asas Internet adalah pautan, ataupun lebih dikenali sebagai link. Anda sering ke satu laman web dari satu laman web yang lain menggunakan link. Begitu juga dengan asas promosi di Internet, iaitu pautan/link- satu laman web perniagaan perlu mempunyai link ke laman web yang lain.
Tak kira apa sahaja perniagaan yang kita jalankan, kita perlu mencari rakan-rakan niaga di Internet untuk sekurang-kurangnya bertukar link. Erti bertukar link adalah, laman web A mempunyai link ke laman web B. Dan laman web B mempunyai link semula ke laman web A.
Contoh bertukar link adalah apabila laman web menjual tudung mempunyai link ke laman web pakaian muslimah. Begitu juga laman web pakainan muslimah tersebut perlu mempunyai link semula ke laman web tudung.
Contoh lagi adalah bertukar link laman web menjual CD lagu mempunyai link ke laman web menjual DVD wayang gambar. Begitu juga dengan laman web DVD wayang gambar tersebut mempunyai link semula ke laman web menjual CD lagu itu tadi.
Apa sahaja perniagaan Internet yang dijalankan, bertukar link dengan perniagaan yang lain- di dalam industri yang sama dan tidak bersaing- akan menambahkan lagi jumlah pelawat kedua-dua laman tersebut dengan cara berkongsi pelawat.
Katakan laman web menjual CD lagu menerima 100 pelawat sehari. Laman web DVD wayang gambar pula mendapat 100 pelawat. Dengan bertukar link, apa yang berlaku adalah kedua perniagaan ini berusaha sama untuk berkongsi pelawat. Mungkin 50 pelawat dari laman CD akan melawat laman DVD. Begitu juga 50 pelawat laman DVD akan melawat laman CD.
Apa yang berlaku adalah, di penghujung hari, atas usaha sama bertukar link tersebut, kedua laman web menerima 150 pelawat setiap hari dan bukan lagi 100.
Pertukaran link dengan laman web sebegini adalah amat efektif dalam mendapat pelawat tambahan bagi sesuatu laman web- secara percuma. Oleh kerana, pertukaran link dengan laman web lain adalah atas dasar suka sama suka. Tiada bayaran dilakukan.
Anda hanya perlu mencari perniagaan apakah yang terbaik untuk anda bertukar link. Fikirkan industri yang sama, dan perniagaan yang tidak bersaing. Mulakan dengan menghantar email kepada pemilik laman web yang anda ingin melakukan usaha sama dan nyatakan cadangan anda untuk bertukar link supaya kedua perniagaan dapat meraih pelawat yang lebih.
Bertukar link di Internet dengan laman lain adalah asas promosi sesuatu laman web. Esok saya akan kongsikan kaedah paling popular pengiklanan di Internet untuk menambahkan pelawat dan pelanggan perniagaan anda!

Business Tips : IK #9

HARI 9: Cara terima bayaran - Jangan lupa cek dan wang pos
Oleh Irfan Khairi
Anda kini tahu cara menerima bayaran menggunakan bank-in, online banking dan juga kad kredit. Jangan lupa pula kaedah pembayaran yang agak 'tradisional', tetapi masih ramai menggunakannya.
Mereka di luar bandar, terutamanya yang sukar mendapat akses perbankan, akan menggunakan perkhidmatan Wang Pos melalui pejabat pos. Manakala mereka yang menjalankan perniagaan dan ingin melakukan belian untuk perniagaan, sering menggunakan cek sebagai kaedah pembayaran.
Pembeli akan menghantar Wang Pos atau cek ke alamat anda (pastikan anda memberi alamat penuh anda di laman anda), dan anda perlu membawa wang pos tersebut ke Pejabat pos, atau cek ke bank anda untuk menunaikan bayaran tersebut.
Proses menerima bayaran cara ini, mungkin memakan masa beberapa hari, namun, di Internet, anda hanya melakukan penghantaran produk atau perkhidmatan anda apabila pembayaran telah anda terima secara penuh- bererti, selepas wang pos ataupun cek tersebut berjaya ditunaikan.
Walaupun kedua cara ini adalah agak lambat, dengan memberi pilihan kaedah ini kepada mereka yang lebih selesa melakukan bayaran Wang Pos ataupun cek, anda dapat memaksimakan jualan perniagaan anda.

96% perniagaan Internet gagal oleh kerana kurangnya ilmu promosi. Jangan jadikan perniagaan anda sebahagian dari statistik itu!

Business Tips : IK #8

HARI 8: Cara terima bayaran - Terima bayaran kad kredit
Oleh Irfan Khairi
Ramai yang ingin tahu bagaimana caranya menerima bayaran berbentuk kad kredit dariapda pelanggan. Apabila menjalankan perniagaan di Internet, menyediakan kemudahan pembayaran melalui kad kredit adalah amat penting oleh kerana ia memudahkan pelanggan membuat bayaran terus secara online.
Untuk menyediakan kemudahan terima bayaran mengguna kad kredit, caranya tidak begitu susah- dan juga tidak mahal.
Dengan menggunakan perkhidmatan 'Merchant Account' online seperti PayPal.com, RBSWorldPay.com atau iPay88.com, anda boleh menerima bayaran kad kredit daripada pelanggan anda.
Merchant account boleh di ibaratkan seperti 'orang tengah' dalam menerima bayaran kad kredit dari pelanggan bagi pihak anda. Pelanggan akan melakukan pembayaran kad kredit kepada merchant account, dan merchant account bertanggungjawab menyalurkan pembayaran tersebut ke akaun bank anda. Seringkali, merchant account akan mengambil sedikit % (3%-5%) harga produk yang anda niagakan, sebagai bayaran perkhidmatan mereka.
Saya cadangkan anda menggunakan PayPal.com sebagai permulaan oleh kerana PayPal tidak mempunyai bayaran/yuran pendaftaran. Merchant account seperti RBSWorldPay.com dan iPay88.com mengenakan yuran pendaftaran, dan ada juga merchant account yang mengenakan yuran bulanan. PayPal.com juga merupakan syarikat yang bereputasi tinggi dalam menyediakan perkhidmatan merchant account kepada usahawan Internet serata dunia termasuk Malaysia.
Untuk mendaftarakaun PayPal.com anda, lawati http://www.PayPal.com dan baca maklumat yang diberikan untuk kefahaman yang lebih mendalam.
Sekiranya perniagaan anda mengsasarkan pelanggan luar negara, pastikan anda mempunyai merchant account seperti PayPal.com kerana pelanggan luar sering melakukan pembayaran menggunakan Kad Kredit. Tak lupa juga sebahagian daripada pelanggan dalam Malaysia juga lebih cenderung melakukan bayaran menggunakan kad kredit.

Business Tips : IK #7

HARI 7: Cara terima bayaran - Pelanggan Bank-in
Oleh Irfan Khairi
Cara paling mudah untuk menerima bayaran daripada pelanggan anda adalah menerima bayaran melalui bank-in.
Anda hanya perlu memberi maklumat perbankan anda untuk pelanggan melakukan bayaran bagi produk atau perkhidmatan yang anda niagakan di Internet. Mereka boleh melakukan pembayaran melalui mesin ATM bank anda ataupun di kaunter bank terus ke akaun bank anda.
Dengan kemudahan perbankan Internet kini, pembayaran menjadi semakin mudah. Pelanggan juga tidak perlu pergi ke bank untuk melakukan bayaran. Mereka boleh terus membuat bayarn (fund transfer) melalui Internet banking bank mereka seperti Maybank2U atau CIMB Clicks, ke bank anda (tidak kira bank apa pun).
Cara bank-in ini adalah mudah dan selamat untuk anda menerima bayaran dari pelanggan tempatan.
Apabila pelanggan anda telah membuat pembayaran, minta mereka SMS atau email pada anda nombor transaksi pembayaran atau bukti pembayaran yang telah dilakukan. Dengan maklumat ini, anda boleh merujuk akaun anda sama ada pembayaran telah dijelaskan ataupun belum.
Sekiranya pembayaran telah dijelaskan, maka, transaski telah berlaku dan anda perlu melakukan penghantaran produk anda atau menjalankan perkhidmatan anda untuk pelanggan tersebut.
Cara meminta pelanggan anda bank-in pembayaran adalah cara mudah dan amat efektif untuk pelanggan tempatan.

Business Tips : IK #6

HARI 6: Laman web - Memiliki laman web sendiri
Oleh Irfan Khairi
Cara yang lebih profesional menjalankan perniagaan di Internet adalah dengan memiliki laman web sendiri. Memiliki laman web sendiri adalah langkah utama dalam menjalankan perniagaan Internet.
Tak kira apa sahaja yang anda niagakan, sama ada produk, perkhidmatan atau informasi, laman web merupakan "kedai" anda di Internet.
Ketika ini, untuk memiliki laman web, kosnya adalah amat rendah.
Seperti sekiranya anda mempunyai kedai di sesuatu kawasan perumahan, anda perlu membayar sewa bulanan untuk mengendalikan kedai tersebut. Di Internet juga, anda perlu membayar 'sewa'. Sewa menjalankan perniagaan di Internet dengan laman web anda sendiri adalah agak murah, iaitu dalam lingkungan RM100-RM200 setahun sahaja yang dibayar kepada syarikat Web Hosting. Ya, setahun... bukan sebulan!
Dan lebih menariknya, kedai anda bukan sahaja buka untuk sesuatu kawasan perumahan sahaja- tetapi ianya dibuka dan boleh mendapat pelanggan dari serata dunia!
Berikut adalah sedikit antara contoh laman web yang diusahakan oleh usahawan Internet tempatan- peserta-peserta seminar saya (banyak lagi boleh diberi!):
www.halalgelatine.com - menjual gelatin halal ke seluruh dunia!
www.nazira.biz - menjual tudung kepada pelanggan Malaysia dan Asia Tenggara!
www.muffinsmonster.com - menjual muffin kepada pelanggan-pelanggan Malaysia!
Terdapat dua pilihan untuk memiliki laman web anda sendiri:
  1. Belajar membina laman web sendiri (DIY)
  2. Upah orang lain membinakan laman web
1. Belajar membina laman web sendiri
Bagi yang berminat, terdapat kelas-kelas belajar membina laman web dijalankan. Kaedah membina laman web juga diajar di seminar yang saya kendalikan. Membina laman web sendiri tidak lagi susah seperti 10 tahun lalu, oleh kerana, kini terdapat perisian/software yang memudahkan kita membina laman web.
Dalam kata lain, sekiranya anda pandai menggunakan perisian seperti Microsoft Word, anda sudah boleh membina laman web asas!
Untuk membina laman web, perisian seperti NVU, Dreamweaver atau Frontpage boleh digunakan.
2. Upah orang lain membinakan laman web
Tidak semestinya anda membina laman web anda sendiri. Anda boleh juga mengupah orang membina laman web untuk anda. Seperti memiliki kedai, bukan anda yang bertukang untuk membina atau 'renovate' kedai tersebut- tetapi anda mengupah orang melakukan kerja-kerja tersebut.
Sama seperti memulakan perniagaan Internet- tidak semestinya anda membina laman web (kedai) anda sendiri. Anda boleh mengupah sahaja orang lain yang lebih mahir membinanya untuk anda. Untuk membina laman web asas juga tidak memakan belanja yang tinggi- dalam lingkungan RM200-RM300 sahaja, anda boleh memiliki laman anda sendiri.

Business Tips : IK #5

HARI 5: Laman web - Berniaga melalui Facebook
Oleh Irfan Khairi

Berkemungkinan besar, anda mempunyai akaun Facebook. Kita gunakan Facebook untuk berhubung dengan kenalan atau keluarga kita.
Selain daripada blog, seperti mana saya kongsikan semalam, Facebook juga merupakan sejenis laman web yang boleh menjadi platform perniagaan anda. Tidak kira sama ada anda menjual produk, perkhidmatan atau informasi seperti email-email yang lepas, Facebook boleh digunakan untuk mempromosikan perniagaan anda.
TETAPI!
Berhati-hati kerana RAMAI yang mempromosikan perniagaan mereka cara salah di Facebook. Mungkin anda pernah kena TAG gambar anda dengan promosi perniagaan orang lain bukan? Ataupun mungkin ada orang lain meletakkan IKLAN di bahagain comments status anda? Ataupun anda mendapat message PROMOSI dari seseorang yang anda tidak kenal mengenai perniagaan mereka?
Adakah anda suka apabila ini terjadi? Rata-ratanya ramai yang tidak suka apabila dilimpahi cara prmosi sebegini. Ianya dikenali sebagai SPAMMING. Spamming Facebook bermaksud, mempromosikan sesuatu perniagaan secara membuta tuli kepada sesiapa sahaja di Facebook.
JANGAN lakukan ini oleh kerana seperti anda, orang lain juga turut tidak suka perbuatan sebegini. Ianya hanya menjatuhkan kredibiliti sesuatu perniagaan sekiranya melakukan spamming.
Jadi, apakah caranya promosi di Facebook?
Caranya adalah dengan membina jaringan dan membina kredibiliti. Jangan anggap Facebook sebagai tempat promosi perniagaan anda, tetapi anggapnya sebagai tempat membina jaringan dan kepercayaan antara anda dan bakal-bakal pelanggan anda.
Perbanyakkan kongsi maklumat-maklumat yang berguna berkenaan industri anda. Contoh, sekiranya anda menjual tudung, kongsikan kaedah mengikat tudung, gambar-gambar artis kegemaran anda yang mengenakan fesyen tudung, atau klip-klip video yang berkaitan sehingga videoclip Maher Zain pun boleh! Bila banyak berkongsi maklumat, keyakinan dan kredibiliti dapat dibina, dan di siti, sekali sekala, baru promosikan dan beri sesuatu diskaun untuk tudung yang dijual.
Kemudian, kongsikan lebih banyak maklumat semula! Dengan melakukan cara ini, lebih ramai akan menyertai Facebook anda dan mereka akan sukakan anda sebagai seorang usahawan!
Promosi dibolehkan melalui Facebook, tetapi, jangan lakukan promosi membuta tuli sehingga orang tidak gemar kaedah anda. Lakukan 'soft selling' dengan cara banyak berkongsikan maklumat, dan hanya sekali-sekala kongsikan mengenai perniagaan anda.
Tidak kira apa sahaja yang anda jual, kongsikan banyak maklumat dan lebihkan maklumat berkaitan dengan industri anda daripada lebihkan promosi semata-mata. Bila anda banyak berkongsi maklumat, lebih ramai yang akan menyertai Facebook anda dengan pantas. Dan ini merupakan prospek-prospek perniagaan anda!
Melalui Facebook, anda perlu membina jenama anda sebegini untuk menjamin kejayaan perniagaan anda jangka panjang.

Business Tips : IK #4

HARI 4: Laman web - Perniagaan Internet menggunakan blog
Oleh Irfan Khairi

3 hari yang lepas saya telah menulis mengenai produk, perkhidmatan dan juga informasi yang boleh dijual di Internet. Sememangnya tiada had dalam apa yang boleh anda niagakan di Internet- idea perniagaan ada di mana-mana sahaja.
Harapnya, anda telah dapat idea mengenai jenis-jenis perniagaan yang boleh dijalankan di Internet. Langkah seterusnya, apabila sudah tahu apa yang boleh anda niagakan, adalah anda memerlukan laman web untuk menjalkannya, tak kira sama ada menjual pakaian bayi, produk kesihatan, perkhidmatan menjahit, atau menjual informasi cara bermain muzik, pastinya anda memerlukan laman web!
Antara cara mudah memiliki laman web adalah dengan mempunyai blog. BLOG, berasal daripada perkataan Web Log- yang pada asalnya seperti satu diari atau jurnal online. Contoh blog adalah blog saya sendiri iaitu www.irfankhairi.com
Pastinya anda pernah melawati blog-blog di Internet bukan?
Berita baiknya, blog kini bukan sekadar diari atau jurnal sahaja, tetapi sering digunakan untuk berniaga! Dan anda juga boleh mulakan perniagaan Internet anda melalui blog.
Gunakan blog untuk meletak gambar produk-produk anda dan juga informasi berkaitan dengan produk anda. Serta kan sekali kaedah anda terima bayaran- cara paling mudah adalah untuk pelanggan bank-in harga barangan tersebut ke bank anda.
Bermacam-macam blog perniagaan boleh didapati di Internet. Sebagai contoh, http://www.emmagem.com/ adalah perniagaan Internet yang pernah saya nasihatkan di program radio "Up the Ante" BFM (89.9fm). Laman ini menggunakan blog sebagai platform menjual produk fesyen & lifestyle!
Yang menarik juga adalah, blog asas boleh dihasilkan secara percuma! Anda hanya perlu daftar di http://www.blogger.com untuk mendapatkan akaun blog untuk perniagaan anda. http://shopmycloset.blogspot.com/ adalah contoh penggunaan akaun blog percuma untuk berniaga produk fesyen juga.
Zaman ini, memulakan perniagaan Internet adalah mudah dan murah (ada juga yang percuma). Dengan hanya mempunyai blog, anda boleh menjual apa sahaja produk, perkhidmatan atau informasi anda kepada pengguna Internet serata dunia!

Business Tips : IK #3

HARI 3: Nak Jual Apa? - Informasi produk terlaris di Internet!
Oleh Irfan Khairi

Apakah produk yang paling laris di Internet? Jawapannya adalah informasi. Selain daripada menjual produk, atau meniagakan perkhidmatan di Internet, anda juga boleh menjual informasi yang merupakan produk yang paling laris di Internet.

Di internet, kaedah menjual informasi yang kini popular, adalah berbentuk ebook (ebuku). Dengan pelbagai peralatan mudah alih seperti handphone, iPad, Kindle dan sebagainya, produk informasi seperti ebook bukan sahaja sebagai produk yang paling laris di Internet kini, tetapi juga mempunyai potensi yang amat besar tahun-tahun akan datang.

Tak kira apa sahaja industri yang kita jalankan, pastinya terdapat maklumat yang boleh dikongsikan, dan ianya boleh dikongsikan dalam bentuk ebook. Lihat juga kebolehan diri kita atau perkhidmatan yang kita jalankan- bolehkah ianya diubah menjadi produk informasi untuk mendapat pendapatan yang berterusan?

Sebagai contoh, sekiranya anda minat memasak, anda boleh menghasilkan ebook resipi untuk dijual di Internet. Malaysia penuh dengan berbagai-bagai masakan termasuk masakan Melayu, Cina dan juga India. Tak lupa pula negara jiran seperti Thailand, Singapore dan Indonesia. Kompilasi resepi terbaik boleh dihasilkan dalam bentuk ebook dan dijual ke seluruh dunia untuk mendapat pendapatan residual (hasilkan satu ebook, dan terima pendapatan berkali-kali)

Sekiranya anda mempunyai hasil kerja bertulis seperti thesis, projek, atau apa sahaja yang boleh diubah menjadikan format ebook, apakata anda lakukannya dan menjana pendpaatan sampingan daripada online. Salah satu format ebook yang diterima ramai adalah format PDF.

Hobi, minat dan kepakaran boleh diubah menjadi maklumat infomasi ebook. Contoh seperti "Cara menurunkan berat badan selepas bersalin", "Kaedah berhenti merokok dalam masa 14 hari", "Cara menjimatkan wang", "Tip-tip mengembara", "Lokasi-lokasi hebat selaman skuba di Malaysia" dan 1001 lagi topik boleh menjadi ebook!

Ambil pen dan kertas, dan tuliskan 3 tajuk ebook yang mungkin anda boleh hasilkan untuk dipasarkan di Internet.

Sejak 3 hari lepas, saya telah memberi idea-idea apa yang boleh dijual di Internet. Rujuk kembali email yang lepas dan cuba fikirkan apakah produk, perkhidmatan dan informasi yang boleh anda niagakan di Internet.

Esok, saya akan kongsikan pula cara bagaimana hendak memulakan perniagaan anda melalui laman web!

Business Tips : IK #2

HARI 2: Nak Jual Apa? - Jalankan perkhidmatan di Internet!
Oleh Irfan Khairi

Perniagaan Internet pertama saya adalah menjual perkhidmatan di Internet. Kira-kira 11 tahun lalu, saya menjual perkhidmatan reka cipta di Internet. Latar belakang pendidikan saya adalah bidang rekacipta (grafik), oleh itu, kebolehan saya merekacipta grafik menjadi perniagaan Internet saya yang pertama. Pada ketika itu, saya merekacipta logo dan kad bisnes untuk pelanggan serata dunia.

Sekiranya anda mempunyai kebolehan, skil atau kekuatan dalam sesuatu bidang perkhidmatan, ianya boleh dijadikan perniagaan di Internet. Perkhidmatan lain termasuk, konsultan, ejen hartanah, ejen MLM, penasihat, motivator, pengalih bahasa, pereka grafik, pereka laman web, menjahit, make-up artist dan sebagainya...

Sekiranya anda seorang ejen insurans, mungkin sehari anda boleh berjumpa dengan 2-3 orang prospek. Tetapi, dengan membawa perniagaan anda ke Internet, bukan sekadar 2-3 prospek sehari, malah 200-300 atau lebih prospek sehari juga anda boleh dapat. Dengan menggunakan strategi perniagaan Internet yang betul, seorang ejen insurans dapat menggandakan prospek dan juga pelanggan.

Sekiranya hobi anda adalah menjahit, anda juga boleh menerima tempahan menjahit melalui online. Sama seperti contoh diatas, ramai telah menggunakan Internet untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan- sehingga tidak cukup tangan! Perkhidmatan menjahit juga boleh diniagakan di Internet.

Sekiranya anda bagus berbahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia atau sebagai tambahan boleh berbahasa lain, pada bila-bila masa sahaja anda boleh mulakan perniagaan mengalih bahasa di Internet. Dengan sedikit kreativiti, sememangnya peluang perniagaan di Internet adalah amat luas dan tidak terhad kepada menjual produk sahaja, tetapi juga menjual perkhidmatan melalui kebolehan yang kita ada.

Lihat pada kebolehan dan kekuatan diri anda sendiri. Apakah kepakaran kita yang boleh dijadikan perkhidmatan untuk diniagakan di Internet. Adakalanya anda dapati ianya sukar melihat kebolehan dan kekuatan diri. Sekiranya ini berlaku, fikirkan apakah yang sering ditanya oleh kenalan anda atau keluarga anda pada anda? Mereka sering bertanyakan anda mengenai bidang apa? Pastinya bidang yang sering kenalan dan keluarga tanya pada anda merupakan kebolehan dan kepakaran anda tersendiri. Bolehkah anda niagakannya di Internet?

Ambil pen dan kertas, dan senaraikan 5 perkhidmatan yang anda rasakan anda boleh niagakan di Internet. Lakukan aktiviti ini sekarang untuk menjana idea.

Business Tips : IK #1

HARI 1: Nak Jual Apa? - Jual Produk di Internet!
Oleh Irfan Khairi

Seringkali ramai yang tertanya-tanya apa yang peru dijual di Internet. Langkah pertama dalam memulakan perniagaan Internet adalah, mempunyai sesuatu untuk dijual.

Berbagai-bagai produk boleh kita jual di Internet seperti kasut, baju, tudung, buku, kuih muih, ukiran al Quran, produk kesihatan, produk kecantikan, perfum dan macam-macam lagi- senarainya tiada had!

Satu cara yang baik untuk mengetahui produk apa yang kita harus jual adalah, fikirkan apa yang kita suka lakukan? Apakah minat kita? Produk apa yang kita sering menarik perhatian kita?

Sekiranya kita minat membaca, maka, mungkin buku merupakan produk terbaik untuk kita jual di Internet. Sekiranya suka membaca buku kewangan, apa kata jual buku-buku kewangan di Internet. Menjual sesuatu yang kita minat seperti buku pada permulaannya boleh menjana pendapatan sambilan. Dengan lebih pengalaman, tidak mustahil ia boleh menjanakan pendapatan sepenuh masa.

Sekiranya kita minat fesyen, pastinya produk fesyen boleh dijadikan produk untuk kita niagakan. Mungkin kita meminati fesyen muslimah. Maka, kita boleh menjual produk-produk yang berkaitan dengan fesyen muslimah. Produk fesyen mengikut trend sering menjadi permintaan yang tinggi di Internet.

Sekiranya kita pandai membuat kuih, tak salah meniagakan kuih-kuih kita melalui Internet. Kuih tradisional, cupcakes atau muffin sudah mula dijual di Internet oleh ramai surirumah yang inginkan pendapatan sampingan dari rumah!

Selalu fikirkan apa yang kita minat. Tanya pada diri sendiri apa yang kita suka lakukan, dan cari perniagaan yang berkisar tentang minat tersebut. Dengan banyak bertanya pada diri sendiri, maka banyak jawapan yang kita akan dapat dan jawapan-jawapan tersebut adalah idea sedia ada mendapatkan produk untuk di jual di Internet.

Ianya amat penting untuk kita lakukan apa yang kita minat dan suka, oleh kerana perniagaan yang kita jalankan juga perlu menjadi perniagaan yang kita minat dan suka usahakan! Ambil pen dan kertas, dan senaraikan 10 produk yang menarik minat anda dan boleh anda niagakan di Internet. Lakukan aktiviti ini sekarang untuk menjana idea.

Sunday, January 2, 2011

Gold & Silver Performance ; Jan 2011

Salam Tahun Baru 2011.

Baru balik dari mengerjakan Rukun Islam ke-5 pada 13hb. Dec, saya tak sempat nak ambil pusing tentang gold investment ini. Rupa-rupanya 3 hari selepas saya pulang kadar harga emas dunia telah turun di tahap yang paling rendah dalam range harga semasa emas iaitu 1370USD/oz berbanding dengan 1415USD/oz sekarang ini. Jikalau tidak inilah peluang keEMASan untuk menambah koleksi simpanan saya dan untuk urusan jual beli emas dengan customer-customer saya.

Tapi tak apa emas akan sentiasa naik, ianya tidak akan mengecewakan sesiapa yang menyimpannya.

Setelah involve dlm pelaburan emas ini, saya dah tak lagi menoleh ke belakang. Saya yakin bahawa untuk long term investment, emas lah jawapannya dan jikalau ASB mengatakan ia adalah safe investment dan pada saya emas terlebih 'safe'. Cuba lihat graf di bawah:

http://www.kitco.com/LFgif/au0365nyb.gif

Jika kita membuat perkiraan kasar pun kadar keuntungan kira-kira 22% untuk 1 tahun untuk pelaburan dalam emas ini. Announcement PNB untuk rate keuntungan ASB adalah 8.25%. Maka buba tenung, renung, fikir-fikirkan dan yang penting jangan termenung.


Cuba perhatikan jika melabur dalam Perak (Silver) pula :


Prosedure yang sama juga saya buat, hasilnya pulangan sebanyak 45% untuk investment dalam silver.

Buat masa ini saya melabur dalam kedua-dua barangan metal yang berprestij ini. Di mana emas untuk alat perniagaan saya yang mudah dicairkan dan silver untuk long term investment (sasaran saya 5 - 10 tahun).

Currently, saya sedang study menukar 'simpanan' anak-anak dari insurance kepada gold. Apabila sudah dapat result saya akan wartakan. Dari congak-congak kasar saya.... ianya memang berbaloi kerana SAYA YANG MENGAWAL INVESTMENT SAYA DAN BUKAN RE MISER YANG MENGATURKAN HALAUN SAYA.

Jika hendak mendapatkan keterangan lebih lanjut sila hubungi saya di irsofiankezo@gmail.com dan 019.351.4647. Salam EMAS.