Sunday, October 17, 2010

Piling vs Raft Foundation !!!????

Bersembang-sembang dengan kawan lama tentang hal perkembangan masing-masing petang tadi. Then, kebetulan dia baru sahaja selesai menghadiri kelas di hujung minggu saya bertanyakan tentang status 'further study' dia untuk Degree dia.
Tajuk Tesis yang diberikan adalah Perbezaan antara Piling dan Raft Foundation, seronok jugak tajuk ini dan banyak sebenarnya yang boleh di ungkai. Namun saya difahamkan bahawa beliau hanya akan merungkaikan masalah tersebut dari aspek kos dan masa.
Namun apabila kita berbicara lagi dengan agak 'detail' (almaklumlah kita ni x-lecturer). So banyak soalan-soalan cupumas yang saya lemparkan. Agak terkejut kerana sinopsis pun belum 'firm' lagi dan status tesis tersebut telah 80% - 90% siap dan banyak lagi yang perlu diungkaikan lagi dan yang paling membimbangkan ialah 'presentation' yang bakal tiba lagi beberapa minggu.
Dimanakah silapnya ini............. Pensyarah yang mengawasi @ pun pelajar ..... !!! Siapa yang memberi tajuk, dan siapa yang 'melihat' dan memahami tajuk tersebut ?

Pada hemat saya : Piling dan Raft Foundation adalah 2 jenis foundation yg berbeza dan tidak boleh sewenang-wenangnya dibandingkan tanpa membuat percaturan @ penilaian secata Enginering yang rapi dan mendalam.

Sama-sama fikirkan..... demi industri .......

Gold Performance vs Time

Just want to share and note in my blog that from my observation the Gold Performance are as below:

a) 1 month

b) 1 year

c) 5 years

PELABURAN EMAS (GOLD INVESTMENT)

Sebelum ini penat jugak saya membaca, mencari-cari dan mencuba beberapa kaedah pelaburan (investment).

Alhamdulillah saya diketemukan dengan beberapa orang rakan yang seolah-olah memberi 'hint' untuk membuat pelaburan kepada emas.

Perkara pertama di dalam kepala saya adalah apa itu EMAS ?  Adakah seperti gelang dan cincin seperti yang saya belikan untuk isteri saya? Macam mana caranya untuk melabur ? Adakah ianya boleh dipercayai? dan macam-macam lagi lah bermain di fikiran saya.

Pada minggu terakhir Ramadhan 2010 ketika sedang membuat persiapan menghadapi Hari Raya, saya diberikan  ilham untuk membuat kajian dan penyelidikan berkaitan dengan EMAS. Alhamdulillah setelah beberapa hari membuat kajian, akhirnya saya berjumpa dengan Pelaburan yang saya cari-cari selama ini.

Route To HAJI - 2010; Kursus Haji Bersiri

Kursus Haji Bersiri

Kursus haji bersiri adalah antara perkara yang penting apabila kita telah memutuskan untuk mengerjakan haji. Ianya bukanlah satu jaminan untuk kita pergi haji pada tahun tersebut, akan tetapi adalah satu ruang untuk mempelajari selok-belok, hukum, prosedure, dan sebagainya untuk mempersiapkan diri dengan 'ilmu'.

Jangka masa yang lama iaitu dalam 13 - 16 minggu bergantung kepada penganjur dan 'tok guru'. Kelas diadakan di masjid atau surau dan masa yang dipilih biasanya hari Sablu atau Ahad. Bergantung kepada kesesuaian individu.

Pengalaman saya menjalani kursus haji bersiri ini adalah di Masjid Jamek Al-Munawarah, Seksyen 27, Shah Alam, Bermula dari 20hb. March 2010 hingga 5hb Jun 2010 untuk masa 2 jam (dari jam 10.00am hingga 12.00pm), so terpaksa membatalkan segala urusan hari Sabtu untuk tujuan menimba ilmu ini. Bayaran yang dikenakan adalah RM60.00 , dan ianya adalah terlalu berbaloi dengan penyediaan sarapan pagi , buku bahan pengajaran dan nota, dan sebagainya.

Alhamdulillah ianya telah selamat disempurnakan dan berakhir dengan dapat SIJIL. best jugak dah lama tak dapat sijil...

Route To HAJI - 2010; Tawaran Panggilan Haji

RUKUN ISLAM KE-5 : Tawaran Panggilan Mengerjakan Haji 2010

Alhamdulillah pada xxx telah menerima surat tawaran daripada Tabung Haji melalui Pekej Swasta Zahafiz.
Pada tanggal 1 minggu lagi sebelum kedatangan Syawal adalah satu debaran yang sebelum ini ditunggu-tunggu setelah bertahun-tahun menunggu peluang ini. Alhamdulillah proses Penerimaan Panggilan Haji di Kaunter Tabung Haji cawangan Kompleks PKNS Shah Alam berjalan dengan lancar bersama-sama dengan isteri. Satu perkara untuk peringatan - perlu memastikan di dalam acc. Tabung Haji perlulah dipastikan jumlah simpanan mestilah lebih dari RM 10,000.00.

Beberapa perkara lagi perlu di ambil tindakan selepas cuti Aidilfitri iaitu :
1) Membuat rawatan kesihatan dan mengambil 3 suntikan di klinik yg diiktiraf. Perlu menggunakan buku kesihatan yang di berikan oleh Tabung Haji. Dan buku kesihatan ini sangat berguna ketika berada di Tanah Suci, dan perlu di bawa kemana-mana. Kos angggaran RM 280.00
2) Mengambil gambar berukuran Passport 2 keping untuk tujuan permohonan  Visa. Kos RM 12.00
3) Memastikan Passport Antarabangsa masih lagi sah dan boleh digunakan lagi untuk tempoh lebih 3 bulan. kos RM 100.00.
4) Membuat bayaran penuh kepada pakej syarikat swasta , bergantung kepada pakej yang dipilih dalam kes saya perlu membayar RM 10,000.00 disamping bayaran pendahuluan RM1,000.00 sebelum ini semasa kursus haji bersiri (13 siri).

Masalah yang timbul :
Selalunya kesulitan yang dihadapi adalah Buku Kesihatan yang kehabisan stok ,
dan begitu juga dengan suntikan pelalian yang wajib iaitu xxxx (anti keradanga otak) yang kehabisan stok oleh kebanyakan klinik akibat 'serangan' bakal Jemaah-jenaah  Haji.

Thursday, August 19, 2010

Tazkirah ramadhan #7 : 18/08/10

Tazkirah ramadhan #7 : 18/08/10:
Ust zainal taliban;

Mengapa doa kita x diterima allah.
Kita tau nabi, tp x mengamalkn sunah.

Kita ada al quran, tp x membacanya. Nanti kita x dpt syafaat alquran.
Kita makan nikmat allah, tapi x bersyukur dgn apa yp kita dpt.
Ada harta, tp x bersedekah. Bersedekah dpt mensucikan harta.
Kita tau syaitan adalah musuh , tp kita x menjauhinya. Perbuatan mengumpat, x taat dgn suami, ibu bapa .
Bagi perempuan, utk jadi bidadari di syurga; solat, berpuasa, taat dgn suami.
Kita hendaklah menjauhi perangai syaitan.
Didik anak2 dgn selalu bersyukur. Didik anak2 utk beribadah, berpuasa.
Bykkn malaikat dlm rumah.
Kita pernah tgk org mati, menguruskn org mati, tp x ambil iktibar dr nya.
Perbanyakkn qiamullail dlm ramadhan.
Org yg umur > 70 thn, allah kasihkn mereka. Dptkn doa keberkatan dr mereka.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 18, 2010

Tazkirah ramadhan #6 : 17/08/10

Tazkirah ramadhan #6 : 17/08/10:
Ust amir shah;

Allah akan masukkan manusia ke dlm syurga dgn rahmat allah, & masuk ke dlm neraka dgn timbangan .


Allah menjadikn ramadhan utk menjadikn manusia org yg bersabar.


Manvsia x akan selamat dgn amalan mereka melainkn dgn bantuan ramat dr allah swt.


Jika dibandingkn amalan kita selama 60thn, tidak berpadanan dgn ganjaran tinggal dsyurga utk sampai bila2 selama2nya.


Nabi pun x dpt masuk syurga dgn amalan baginda, melainkn dgn rahmat allah swt.


95% wanita sekarang ini melanggar hukum allah dgn x menutup aurat malah melawan allah dan membuat dosa. 


Tetapi berpuasa juga dan hanya mendapat lapar dan dahaga. Masyarakat perlu menegur hal ini.


Moga kita mendpt rahmat allah dlm apa juga yg kita lakukan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

Monday, August 16, 2010

Tazkirah ramadhan #5: 16/08/10

Ust.  mansor dahlan

Puasa adalah satu alat utk menundukkn hawa nafsu.


Puasa ini adalah cukup baik utk tubuh kita. Ia disahkn oleh ilmu perubatan.


Utk membolehkn puasa baik utk kita, kena tahu cara& rahsia dia; 


1) iftar (berbuka) : 
hendak lah berbuka dgn kurma. Jika tiada x ada kurma, maka ambil air bersih /putih bukan air kopi dsb. 
Slps itu terus solat maghrib. 
Slps itu baru makan nasi dsb. Tp tidak berlebihan.


Cari buku: siapa dia rasullullah.


Buah tamar/rotab/kurma dpt recover tenaga / gula dlm badan. 
Kandungan dlm kurma ada gula yg mudah dihadamkn dan tiada mudharat pd bdan.


2) sahur : sesungguhnya bersahur itu ada berkatnya. 
Makan 1 x terus dpt brtahan hingga ptg, x spt bulan lain perlu mkn 5x. 
Makan ketika sahur, jgn mkn byk kanji dan perlu kunyah 40x sehingga hadam makanan. 
Enzim dlm mulut akan bercampur dgn makanan & dpt mencerna makanan. 
Sahur perlu dilewatkn utk mengambil sunah nabi +- 5.30am. 
Amalan ini, akan mengelakkn penyakit dlm perut spt ulser, gastrik, usus dsb. 
Juga dpt memperbaiki sistem penghadaman badan. 


Merokok adalah haram, puasa dpt mendidik diri agar berhenti merokok.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tazkirah ramadhan #4: 15/08/10

Tazkirah ramadhan #4(6): 15/08/10:
Ust. : ilyas p pinang

Minggu pertama ini kita berada di dlm madrasah ramdhan.

Umur yg allah beri pd kita hendaklah kita manfaatkn.

Sikap x ambil kisah terhadap kehadiran ramadhan menyebabkn kerugian. Kita hendaklh menyeru kpd sahabat2 utk ambil peluang yg besar d bulant ramadhan ini.

Bulan ramadhan ini d syariatkn utk berpuasa 1 bulan. Ini utk umat nabi mohd shj.

Kita x merasa nikmat melihat, sehingga kita buta. Kita x merasa nikmat berckp, shnga x blh brckp. Kita x mrasa nikmat mendengar, sehinga kita pekak. Masyallah.

Nabi musa pun memohon pd allah utk jadi umat mohd.

Kita x rasa beruntung berada dlm bulan ramadhan, maka kerugian yg sgt besar.

Sepatutnya dgn pertambahan usia, kita akan dpt meningkatkn thap keimanan kita.

Kita x tau samada thn dpn dpt lg kita berjumpa dgn ramadhan.

Kita kena kembali kpd alquran.
1 huruf alquran = 10 x kebaikan.

Nafsu itu mcm kanak2.
5 prinsip kena jaga: Diri, marwah keluarga, agama, ....

Gejala yg berlaku hari ini adalah disebbkan kita meninggalkn alquran.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tazkirah ramadhan #3: 12/08/10:

Tazkirah ramadhan #3: 12/08/10:
Ust. Ramadhan:

Dlm bulan ramadhan adalah bulan mensucikan jiwa.

Perbanyakkn astaghfar kpd allah.

Dlm kehidupan kita ada melakukn dosa kecil mahupun besar, maka dgn astghfar dpt mengurangkn titik hitam dlm hati. Ia akan memudahkan kita beramal .

Perlu perbanyakkn membaca alquran.

Ia akan menghidupkn hati kita, hati bila mendengar + membaca quran, hati akan bergetar.

Dgn mmbaca alquran, allah menjadikn tidak nyanyuk.

Dlm ramadhan, cubalah khatam alquran, atau pun perbykkn mmbaca ayat2 lazim.

Apabila dlm tempoh 40hari tidak membaca alquran allah akan meletakkn titik hitam di hati.

Cuba amalkn solat mlm dan merintih berdoa dan menangis kerana takut akan allah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 12, 2010

Tazkirah ramadhan #2 11/8/10

from my bb;

Tazkirah ramadhan #2 11/8/10:
Ust kamarudin:

Puasa adalah proses menahan nafsu.

Bila berbuka blh makan tetapi x blh berlebih2an & membazir.

Sesungguhnya org yg membazir adalah saudara syaitan.

Nafsu adalah sebahagian drp diri.

Dgn brpuasa, dpt mengawal nafsu.

Bila brpuasa jgn melakukn perkara yg blh menaikkn nafsu.

Setiap amal allah menggandakn 10 x ganjaran.

Jgn bergaduh, memaki hamun, bertelagah. Ucapkn sesungghnya aku sedang bepuasa.

Brpuasa mendidik diri brsabar.

Dlm islam mendidik agar berbuat baik pd manusia juga haiwan.

Dlm brpuasa jaga semua pancaindera dan memanfaatkn semua masa dgn perkara yg brmanfaat.

Berpuasalah dgn batin & zahir. Jgn haoya dpt lapar & dahaga shj.

Jadikn puasa kali ini lebih baik dr thn yg lepas.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, August 10, 2010

Tazkirah ramadhan #1 10/8/10

from my book note:

Tazkirah ramadhan #1 10/8/10:

Ust salleh saad; imam masjid putra, putrajaya :
Bulan ramadhan adalah bulan berkat. Makna berkat, adalah buat ibadat sedikit tp allah memberikn ganjaran & pahala yg byk.

Bulan ramadhan, 10hri diawalnya adalah rahmat, 10hri pertengahnya adalah keampunan, 10hri akhirnya adalah

Org yg paling malang adalah org yg membuat kesalahan yg berulang.

Apa yg kita hndak cari disebalik tarawih, puasa, solat dlm bln rmdhan.

Alquran ada kekuatan yg trsendiri. Ia blh mengubah & mmperbaiki dri.

Baca 1 ayat 1 hari, dpt khatam dlm 17 thn.

Ramadhan blh mendidik dri utk menjadi insan yg baik.

Bykkan infaq @ sedekah dlm bulan ini, walau pun dgn 1 biji kurma. Adakan dpt pahala mcm org yg berpuasa.

Zakat & iktikaf d masjid perlu dbuat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, August 3, 2010

Persediaan Ke Hari Tua - insurans

Bercakap berkenaan diri saya....

Perkara mula-mula apabila melangkah ke alam pekerjaan, saya memikirkan apakah yang boleh dibuat untuk persediaan ke hari tua memandangkan jalan yang di pilih adalah bekerja di syarikat swasta.

Bertanyakan kepada kawan-kawan dan sanak saudara .... perkara yang terbaik adalah mengambil polisi insurans bagi 'protection' kepada diri yang sememangnya bekerja dalam bidang 'high risk'. Tindakan telah di buat, dan terasa bahawa diri telah ada 'shield' manalah tau kot-kot akan datang bencana mendatang.

Apabila melangkah ke alam kedewasaan, saya memikirkan apakah yang boleh dibuat untuk persediaan persekolahan anak-anak pula.

Bertanyakan pada kawan-kawan dan sanak saudara .... yang terbaik adalah buat educational planning... insurans jugak lah.

Apabila melangkah ke alam agak lebih dewasa sikit lagi, bila memikirkan soal 'Hari Akan Datang' dan 'Pembalasan Hari Kemudian' saya jadi terkeliru apabila persediaan yang telah di rangka terpaksa di rombak semula akibat kerana syarikat yang telah dicadangkan oleh orang-orang tadi adalah tidak 'HALAL' dari segi syariah. Dan hukuman itu baru dikuatkuasakan. Justeru itu saya perlu menarik semula polisi-polisi (banyak !) tersebut dan berpindah kepada yang 'HALAL'.

Begitu juga dengan simpanan yang yang telah dibuat oleh FAMA (Father & Mother) saya dan keluarga saya dahulu (mungkin tak seberapa banyak) dan telah di fatwakan tidak 'HALAL'. Perpindahan daripada simpanan dalam bantal kekabu kepada tabung buluh kepada ASB & ASN dan kemudian terpaksa dikeluarkan dan back to the future ataupun simpan dalam tabung haji kot.

Apa yang di dalam kepala saya adalah adakah ini dirancang @ adakah ini atas kesedaran tentang perihal agama. atau adakah ini mainan oleh pihak-pihak tertentu (politik) untuk menjadikan orang macam saya ini dan keluarga saya agak tidak boleh berganjak dari kedudukan lama ke kedudukan yang lain.

Senario ini juga kalau kita teliti turut membabitkan institusi yang paling penting 'PELAJARAN'. Terkadang terasa bahawa mengapa institusi pembelajan ini di politikkan. Cukuplah dengan keadaan silibus yang selalu berubah-ubah bagaikan pasang-surutnya politik. Tetapi jangan lah melibatkan sama masa depan anak bangsa saya yang sememangnya memerlukan sokongan dari pihak yang memerintah.

Cuba sama-sama kita fikirkan....... Bersambung.