Perkara mula-mula apabila melangkah ke alam pekerjaan, saya memikirkan apakah yang boleh dibuat untuk persediaan ke hari tua memandangkan jalan yang di pilih adalah bekerja di syarikat swasta.
Bertanyakan kepada kawan-kawan dan sanak saudara .... perkara yang terbaik adalah mengambil polisi insurans bagi 'protection' kepada diri yang sememangnya bekerja dalam bidang 'high risk'. Tindakan telah di buat, dan terasa bahawa diri telah ada 'shield' manalah tau kot-kot akan datang bencana mendatang.
Apabila melangkah ke alam kedewasaan, saya memikirkan apakah yang boleh dibuat untuk persediaan persekolahan anak-anak pula.
Bertanyakan pada kawan-kawan dan sanak saudara .... yang terbaik adalah buat educational planning... insurans jugak lah.
Apabila melangkah ke alam agak lebih dewasa sikit lagi, bila memikirkan soal 'Hari Akan Datang' dan 'Pembalasan Hari Kemudian' saya jadi terkeliru apabila persediaan yang telah di rangka terpaksa di rombak semula akibat kerana syarikat yang telah dicadangkan oleh orang-orang tadi adalah tidak 'HALAL' dari segi syariah. Dan hukuman itu baru dikuatkuasakan. Justeru itu saya perlu menarik semula polisi-polisi (banyak !) tersebut dan berpindah kepada yang 'HALAL'.
Begitu juga dengan simpanan yang yang telah dibuat oleh FAMA (Father & Mother) saya dan keluarga saya dahulu (mungkin tak seberapa banyak) dan telah di fatwakan tidak 'HALAL'. Perpindahan daripada simpanan dalam bantal kekabu kepada tabung buluh kepada ASB & ASN dan kemudian terpaksa dikeluarkan dan back to the future ataupun simpan dalam tabung haji kot.
Apa yang di dalam kepala saya adalah adakah ini dirancang @ adakah ini atas kesedaran tentang perihal agama. atau adakah ini mainan oleh pihak-pihak tertentu (politik) untuk menjadikan orang macam saya ini dan keluarga saya agak tidak boleh berganjak dari kedudukan lama ke kedudukan yang lain.
Senario ini juga kalau kita teliti turut membabitkan institusi yang paling penting 'PELAJARAN'. Terkadang terasa bahawa mengapa institusi pembelajan ini di politikkan. Cukuplah dengan keadaan silibus yang selalu berubah-ubah bagaikan pasang-surutnya politik. Tetapi jangan lah melibatkan sama masa depan anak bangsa saya yang sememangnya memerlukan sokongan dari pihak yang memerintah.
Cuba sama-sama kita fikirkan....... Bersambung.
No comments:
Post a Comment