RUKUN ISLAM KE-5 : Tawaran Panggilan Mengerjakan Haji 2010
Alhamdulillah pada xxx telah menerima surat tawaran daripada Tabung Haji melalui Pekej Swasta Zahafiz.
Pada tanggal 1 minggu lagi sebelum kedatangan Syawal adalah satu debaran yang sebelum ini ditunggu-tunggu setelah bertahun-tahun menunggu peluang ini. Alhamdulillah proses Penerimaan Panggilan Haji di Kaunter Tabung Haji cawangan Kompleks PKNS Shah Alam berjalan dengan lancar bersama-sama dengan isteri. Satu perkara untuk peringatan - perlu memastikan di dalam acc. Tabung Haji perlulah dipastikan jumlah simpanan mestilah lebih dari RM 10,000.00.
Beberapa perkara lagi perlu di ambil tindakan selepas cuti Aidilfitri iaitu :
1) Membuat rawatan kesihatan dan mengambil 3 suntikan di klinik yg diiktiraf. Perlu menggunakan buku kesihatan yang di berikan oleh Tabung Haji. Dan buku kesihatan ini sangat berguna ketika berada di Tanah Suci, dan perlu di bawa kemana-mana. Kos angggaran RM 280.00
2) Mengambil gambar berukuran Passport 2 keping untuk tujuan permohonan Visa. Kos RM 12.00
3) Memastikan Passport Antarabangsa masih lagi sah dan boleh digunakan lagi untuk tempoh lebih 3 bulan. kos RM 100.00.
4) Membuat bayaran penuh kepada pakej syarikat swasta , bergantung kepada pakej yang dipilih dalam kes saya perlu membayar RM 10,000.00 disamping bayaran pendahuluan RM1,000.00 sebelum ini semasa kursus haji bersiri (13 siri).
Masalah yang timbul :
Selalunya kesulitan yang dihadapi adalah Buku Kesihatan yang kehabisan stok ,
dan begitu juga dengan suntikan pelalian yang wajib iaitu xxxx (anti keradanga otak) yang kehabisan stok oleh kebanyakan klinik akibat 'serangan' bakal Jemaah-jenaah Haji.
No comments:
Post a Comment