Monday, September 12, 2011

Selamat Hari Raya dan Emas Naik Jugak !


Selamat hari raya diucapkan dan salam kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang tercinta ini.

Rasanya tak terlambat lagi kan, raya selalu orang kata 1 bulan, merdeka pun 1 bulan. He he he. Sambutan kemerdekaan agak tenggelam dek kemeriahan sambutan hari raya dengan amalan kunjung mengunjung kerumah sanak saudara.

Yang pastinya, duit disaku hampir-hampir kekeringan dek berbelanja untuk kegunaan orang tua dan belanja makan member-member lama yang sudah lama tidak bersua.

Dan yang terlebih pasti, sebelum raya tempoh hari 26hb. Aug harga emas 1771 dan perak 41.12 tetapi ianya tetap naik contohnya catatan hari ini 5hb. Sept emas 1880 dan perak 43.12. Baru rehat 1 minggu sahaja tu!.

Bagi yang telah memulakan pelaburan emas dan perak sebelum raya, mesti tersenyum lebar. Bagi yang belum dan masih berfikir-fikir. soooo Fikir-fikirkannnnn.

No comments:

Post a Comment