Thursday, February 17, 2011
Tagging , Identiti , Haji
Surat dari anak.... M.A. Irfan
Aku kena ROMPAK !!
Aku di ROMPAK !
Salam kepada semua pembaca. Didoakan agar semua dalam keadaan sihat hendaknya.
Pada ahad 13hb. Feb. 2011 yang lepas ini, saya telah menyempurnakan undangan perkahwinan rakan semasa belajar dahulu Hj. Nordin di Dewan Majlis Perbandaran Nilai, Nilai, Negeri Sembilan. Akan tetapi bukan dia yang kahwin tetapi anak dia yang kahwin. Ye anak pertama. Alhamdulillah nampaknya semua ok, majlis berjalan dengan baik sekali.
IMG00437-20110213-1426-MPN.jpg
Telah selesai makan dan bersembang-sembang, saya pun kembali menuju ke kereta untuk menyambung perjalanan ke JB pula untuk melawat kakak saya yang menajalani ‘operation’ di bahagian ‘perempuan’. Akan tetapi hajat tersebut terpaksa dibatalkan akibat daripada kejutan yang sebelum ini saya sering dengar akan tetapi sekarang ia menimpa saya …..
IMG00435-20110213-1425-Pecah.jpg
Apa nak buat ????? Ujian daripada Allah s.w.t. , kereta kena pecah cermin. Hand bag wife kena ambik. Memang le sedeh pasal kejadian tu, tapi Alhamdulillah juga patut di ucap pasal ada banyak lagi benda yang ada dalam kereta tu lebih-lebih lagi ‘brain’ satu nie …. Note book kesayangan ni laa. Dan lain-lain lagi. Allah masih melindungi. Dia bagi sikit aje ujian.
Lepas tu buat report polis di Bandar Baru Nilai, jemuh kena interview dengan kaunter laa, dengan itu la last sekali dengan Sarjan dia. Dah lama juga saya menunggu, letih jugak laa, barulah CSI geng datang ambil bekas-bekas thumb print kat dinding kereta. Macam ye, macam tak aje tengok.
IMG00445-20110213-1538-CSI.jpg
Masa nak balik tu, tengok-tengok agak gelap jugak. Wahh suspen jugak nie, cepat-cepat cari plastic dan akhirnya jadi macam ni lah. Alah sedihnyaaa tengok kereta aku nie !!!!
IMG00447-20110214-0849-Under Cover.jpg
Tak apa sementara aje, pujuk hati…..
Hari Khamis, dapatlah cari ruang sikit. Pagi pergi ke Puchong , stok tak ada. Tergerak hati untuk ke Kapar, Klang. Orang kata banyak barang murah kat sana , almaklumlah tempat Port. Dipendekkan cerita Allah bawak jumpa kat kedai cina, terkejut dia bagi harga MURAHHH . RM400.00 aje. Huh glass yang tak ori dari Thai pun dah RM520.00 warna putih pulak tu.
Sori nanti akan sambung lagi, ada hal penting nak kena settle. Pendek dan akhirnya dapat selamat buat kat KL dengan upah pasang RM50.00 , masa dia pasang macam ini lah.
IMG00475-20110217-1443-pasang.jpg
Moral of the story, Allah menjadikan sesuatu tu ada hikmahnya. Hasil daripada ujian ini, SESIAPA NAK BELI CERMIN KERETA CARILAH SAYA . TELEPON AJE 019-351 4647
Wassalam
Saturday, February 12, 2011
Permintaan Emas pada bulan Januari 2010
Cerita-cerita tentang tentang pelaburan dalam EMAS ini,
mungkin bagi sesiapa yang masih lagi mencari-cari info dan mengkaji tentang apa prospek yang bagus dan macam-macam lagi lah tapi yang saya pasti matlamatnya sudah mula menjurus kepada EMAS. Tahniah saya ucapkan.
Al-maklumlah sibuk sekarang ni orang memperkatakan tentang pelaburan dalam GOLD ini.
Di bawah ini saya lampirkan ‘order’ untuk bulan Januari dari pelabur-pelabur yang telah bulat hati untuk menukarkan mataWANG mereka kepada EMAS.
Tapi tak kisah lah itu semua, yang penting JIHAD seseorang MUSLIM itu mestilah menukar mataWANG kepada EMAS dan meLABELkan bahawa mataWANG itu adalah RIBA’.
Salam selamat datang kepada pelabur-pelabur baru dan lama yang hendak berubah angin. Selamat datang diucapkan. Hubungi saya untuk free consultancy 019-3514647.
Salam 1 Malaysia
Thursday, February 10, 2011
Kebangkitan semula harga EMAS
Zakat Emas dan Perak
2) pemiliknya merdeka,
3) memiliki hak sepenuhnya,
4) cukup nisab,
5) cukup haul (setahun).
Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: Dan orang-orang yang men yimpan emas dan perak (tidak dikeluarkan zakat) dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih.
(Surah At-Taubah: Ayat 34)
Nisab zakat emas ialah 20 dinar (bersamaan dengan 85g).
Kadar zakatnya ialah 2.5% (0.5 dinar)
Nota : 1 dinar = 4.25 gram emas
Nisab zakat perak ialah 200 dirham (bersamaan dengan 672 gram).
Kadar zakat perak ialah 2.5% (5 dirham).
Tips Motivasi - IK
Oleh : Irfan Khairi
7hb Feb 2011
Untuk jadi kreatif, fikir seperti kanak2. kanak2 tidak meletakkan had dalam fikiran mereka. kita yang dewasa akan selalu fikir- boleh ke berjaya? nanti apa orang kata kalau kita berjaya? kalau buat camni boleh tak? Kanak2 tidak meletakkan had, sebab tu kanak2 kreatif!
Hargai diri kita sendiri. Bila kita menghargai diri, kita akan dapat melihat potensi diri kita. Yakin bahawa we are great and can do great things with great results. Keyakinan dalam diri sendiri adalah kunci utama kejayaan!
Bila ada yang tidak menyokong usaha kita untuk berjaya, berbanyak bersabar. tambahan lagi mereka yang rapat dengan kita. sekiranya anda ada kenalan, ahli keluarga, suami atau isteri yang berusaha untuk berjaya- berikan sokongan yang terhebat sekali. ianya adalah pemberian yang tidak ternilai! rezeki pastinya berganda dengan sokongan orang tersayang.
Have fun! senyum selalu! tak perlu lah serious sangat dalam hidup. bila kita gembira & berseronok melakukan apa yang kita suka, insyaallah rezeki akan berganda datang kepada kita
Ada kalanya, terdapat kata2 negatif orang lain diberikan pada kita. apa anda perlu buat? buat tak tau sahaja… TAKDE MAKNANYA. apa yang penting, jangan sampai kata2 negatif itu memasuki diri kita sendiri sehingga kita percayakannya dan mula ragu2 kebolehan sendiri!