Sunday, October 17, 2010

Piling vs Raft Foundation !!!????

Bersembang-sembang dengan kawan lama tentang hal perkembangan masing-masing petang tadi. Then, kebetulan dia baru sahaja selesai menghadiri kelas di hujung minggu saya bertanyakan tentang status 'further study' dia untuk Degree dia.
Tajuk Tesis yang diberikan adalah Perbezaan antara Piling dan Raft Foundation, seronok jugak tajuk ini dan banyak sebenarnya yang boleh di ungkai. Namun saya difahamkan bahawa beliau hanya akan merungkaikan masalah tersebut dari aspek kos dan masa.
Namun apabila kita berbicara lagi dengan agak 'detail' (almaklumlah kita ni x-lecturer). So banyak soalan-soalan cupumas yang saya lemparkan. Agak terkejut kerana sinopsis pun belum 'firm' lagi dan status tesis tersebut telah 80% - 90% siap dan banyak lagi yang perlu diungkaikan lagi dan yang paling membimbangkan ialah 'presentation' yang bakal tiba lagi beberapa minggu.
Dimanakah silapnya ini............. Pensyarah yang mengawasi @ pun pelajar ..... !!! Siapa yang memberi tajuk, dan siapa yang 'melihat' dan memahami tajuk tersebut ?

Pada hemat saya : Piling dan Raft Foundation adalah 2 jenis foundation yg berbeza dan tidak boleh sewenang-wenangnya dibandingkan tanpa membuat percaturan @ penilaian secata Enginering yang rapi dan mendalam.

Sama-sama fikirkan..... demi industri .......

Gold Performance vs Time

Just want to share and note in my blog that from my observation the Gold Performance are as below:

a) 1 month

b) 1 year

c) 5 years

PELABURAN EMAS (GOLD INVESTMENT)

Sebelum ini penat jugak saya membaca, mencari-cari dan mencuba beberapa kaedah pelaburan (investment).

Alhamdulillah saya diketemukan dengan beberapa orang rakan yang seolah-olah memberi 'hint' untuk membuat pelaburan kepada emas.

Perkara pertama di dalam kepala saya adalah apa itu EMAS ?  Adakah seperti gelang dan cincin seperti yang saya belikan untuk isteri saya? Macam mana caranya untuk melabur ? Adakah ianya boleh dipercayai? dan macam-macam lagi lah bermain di fikiran saya.

Pada minggu terakhir Ramadhan 2010 ketika sedang membuat persiapan menghadapi Hari Raya, saya diberikan  ilham untuk membuat kajian dan penyelidikan berkaitan dengan EMAS. Alhamdulillah setelah beberapa hari membuat kajian, akhirnya saya berjumpa dengan Pelaburan yang saya cari-cari selama ini.

Route To HAJI - 2010; Kursus Haji Bersiri

Kursus Haji Bersiri

Kursus haji bersiri adalah antara perkara yang penting apabila kita telah memutuskan untuk mengerjakan haji. Ianya bukanlah satu jaminan untuk kita pergi haji pada tahun tersebut, akan tetapi adalah satu ruang untuk mempelajari selok-belok, hukum, prosedure, dan sebagainya untuk mempersiapkan diri dengan 'ilmu'.

Jangka masa yang lama iaitu dalam 13 - 16 minggu bergantung kepada penganjur dan 'tok guru'. Kelas diadakan di masjid atau surau dan masa yang dipilih biasanya hari Sablu atau Ahad. Bergantung kepada kesesuaian individu.

Pengalaman saya menjalani kursus haji bersiri ini adalah di Masjid Jamek Al-Munawarah, Seksyen 27, Shah Alam, Bermula dari 20hb. March 2010 hingga 5hb Jun 2010 untuk masa 2 jam (dari jam 10.00am hingga 12.00pm), so terpaksa membatalkan segala urusan hari Sabtu untuk tujuan menimba ilmu ini. Bayaran yang dikenakan adalah RM60.00 , dan ianya adalah terlalu berbaloi dengan penyediaan sarapan pagi , buku bahan pengajaran dan nota, dan sebagainya.

Alhamdulillah ianya telah selamat disempurnakan dan berakhir dengan dapat SIJIL. best jugak dah lama tak dapat sijil...

Route To HAJI - 2010; Tawaran Panggilan Haji

RUKUN ISLAM KE-5 : Tawaran Panggilan Mengerjakan Haji 2010

Alhamdulillah pada xxx telah menerima surat tawaran daripada Tabung Haji melalui Pekej Swasta Zahafiz.
Pada tanggal 1 minggu lagi sebelum kedatangan Syawal adalah satu debaran yang sebelum ini ditunggu-tunggu setelah bertahun-tahun menunggu peluang ini. Alhamdulillah proses Penerimaan Panggilan Haji di Kaunter Tabung Haji cawangan Kompleks PKNS Shah Alam berjalan dengan lancar bersama-sama dengan isteri. Satu perkara untuk peringatan - perlu memastikan di dalam acc. Tabung Haji perlulah dipastikan jumlah simpanan mestilah lebih dari RM 10,000.00.

Beberapa perkara lagi perlu di ambil tindakan selepas cuti Aidilfitri iaitu :
1) Membuat rawatan kesihatan dan mengambil 3 suntikan di klinik yg diiktiraf. Perlu menggunakan buku kesihatan yang di berikan oleh Tabung Haji. Dan buku kesihatan ini sangat berguna ketika berada di Tanah Suci, dan perlu di bawa kemana-mana. Kos angggaran RM 280.00
2) Mengambil gambar berukuran Passport 2 keping untuk tujuan permohonan  Visa. Kos RM 12.00
3) Memastikan Passport Antarabangsa masih lagi sah dan boleh digunakan lagi untuk tempoh lebih 3 bulan. kos RM 100.00.
4) Membuat bayaran penuh kepada pakej syarikat swasta , bergantung kepada pakej yang dipilih dalam kes saya perlu membayar RM 10,000.00 disamping bayaran pendahuluan RM1,000.00 sebelum ini semasa kursus haji bersiri (13 siri).

Masalah yang timbul :
Selalunya kesulitan yang dihadapi adalah Buku Kesihatan yang kehabisan stok ,
dan begitu juga dengan suntikan pelalian yang wajib iaitu xxxx (anti keradanga otak) yang kehabisan stok oleh kebanyakan klinik akibat 'serangan' bakal Jemaah-jenaah  Haji.