Monday, April 9, 2012

Harga emas jatuh 5 march 2012

Posted in : facebook.com/irsofianfan
Date : 5 March 2012


Assalamualaikum semua rakan-rakan,

Sila rujuk pada graf yang saya lampirkan bersama, untuk catatan pergerakan harga emas terlah berlaku penurunan hebat pada minggu lepas iaitu daripada 28hb Feb harga tertinggi 1790 usd/oz dan telah jatuh pada 1687.50 usd/oz pada 29hb Feb 2012.

Kejatuhan sebanyak kira-kira - 5.7% dan sekarang (5hb Mar) berlegar pada harga 1703 usd/oz. Atau dengan kata lain ianya repeat harga pada 25 Jan yang lepas.

Dengan kejatuhan sebegini dan keadaan ekonomi dunia saya menjangkakan akan berlaku kenaikan harga emas yang sangat ketara dalam masa terdekat ini.

Lagi-lagi harga tengah jatuh merundum ini, hmmmm peluang keemasan untuk bermula dan top-up jangan di lepaskan.

Boleh contact saya @ PM @ email untuk pencerahan.

No comments:

Post a Comment